" A year from now you may wish you had started today "

23 December 2010

Ayuh Malaysia!

Malam Ahad depan akan menyaksikan pertembungan dua negara serumpun iaitu Malaysia vs Indonesia menerusi pertandingan AFF Suzuki peringkat akhir pusingan pertama.Terdapat beberapa pemain Malaysia yang akan menjadi 'key player' yang menjadi harapan kepada skuad Malaysia.Antaranya,Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Muslim Ahmad.


Mohd Muslim Ahmad,anak muda yang berasal dari Terengganu.Bermain di posisi pertahan tengah ( centre back).Walaupun baru berusia 21 tahun,beliau mempamerkan aksi yang memukau dengan mengawal ketat kotak penalti daripada dicerobohi pihak lawan.Beliau amat menguasai bola di udara dan sangat berani membuat terjahan hebat kepada pihak lawan.Tidak dinafikan,kekuatan posisi pertahanan Malaysia dipengaruhi besar oleh Muslim Ahmad.



Norshahrul Idlan Talaha yang juga anak kelahiran Terengganu.Bermain di posisi penyerang yang sesuai dengan naluri pemusnah beliau.Kebijaksanaan dan kelicikan menggelecek bola disertakan dengan gerakan yang mengelirukan pertahanan musuh membuatkan dirinya sebagai penggempur yang sempurna.Tidak hairanlah,beliau amat digeruni oleh pihak pertahanan musuh,terutama sekali kerana larian pantasnya yang membuatkan pertahan pihak lawan tercungap-tercungap keletihan mengejarnya.
Share:

0 comments:

Post a Comment