" A year from now you may wish you had started today "

24 December 2010

Team Alpha,Roger!

team alpha ketika Ekspedisi 80 Km
(dari kiri ; pudin taiko,

tiki 'tik tong'(aku la tu..), 
firda 'romeo',judin 'penyu',
nick '50cent',
mat we 'mecap', paeh 'pok chik', 
adam 'komplen', & iwe 'besi'
yang amik gambar ni nama dia imran 'gigi')


Adoi,walaupun dah 2 tahun aku 'bersara' daripada dunia pengakap,namun,pengalaman-pengalaman sepanjang aku menyertai persatuan ini masih segar di ingatan aku.Namun satu pengalaman yang pahit yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila ialah pengalaman ketika Perkhemahan Uji Ilmu ketika aku berusi 16 tahun.Aku malas 'nak' cerita peristiwa 'ni' dulu sebab ianya terlalu ekstrem,'kang' ada yang pengsan 'pulak'.Nanti aku cerita lain kali saja.

  Gambar-gambar ini semua 'time' ekspedisi 80 Km.HAH?!80 Km ke 8 Km?'Korang' tak salah baca dan aku tak salah tulis,memang 80 Km kami berjalan kaki,di hari yang panas terik.Bukan jalan-jalan cari makan 'tau','kang' aku lempang 'kang'.Ini jalan-jalan cari penyakit.Sebab 'nak' dapat Lencana Ekspedisi punya 'pasal' terpaksa 'la'.

  Ekspedisi ini berlansung selama 4 hari 3 malam.Pegawai Pengakap 'juz' bagi kitaorang koordinat yang perlu dituju ke 'point of arrival' dan sekeping peta Kelantan.Dalam masa yang ditetapkan 'see you there'.Sesiapa yang tak sampai dalam masa yang ditentukan,maka dengan automatiknya dia 'fail'.Kitaorang makan apa,makan ke x,sakit ke,sesat ke,itu pegawai tak nak ambil peduli.Apa yang pegawai akan tanda 'whether' peserta lulus atau gagal.

  Oh!Aku lupa la,kalau peserta itu sampai di 'point of arrival' pada waktu yang ditetapkan sekalipun,dia tidak semestinya lulus.Sebab ketika ekspedisi terdapat beberapa tugasan yang perlu dijalankan.Macam mengira lebar sungai,temu-ramah penghulu kampung,menyiasat latar nama tempat tertentu,mengira biri-biri yang terdapat dalam satu kawasan,dsb.Tugasan ini perlu dilaksanakan dalam kumpulan,dan andaikata salah jawapan,maka satu kumpulan akan fail 'tau'!ARRRGGHHHH!

makanan paling lazat di dunia time 2....haaa...baru tau bersyukur...
time 2 makanan ni lg berharga dari sejongkong emas....
menu SPESEL ; nasi putih + telur dadar + kentang & ayam kari...


  Apa-apapun nasib baik la kumpulan kitaorang lulus!He he he...Tengoklah siapa yang menjadi penunjuk arah.Walaupun sampai antara yang terlewat,namun,kumpulan kami antara yang terbaik.HOOREYYY!

haaaa....lupa la ni kt mana....he he he....
nampak jer cam semangat sebenarnya letih 2...

nostalgia kan gambar ni?cam dalam cerita la pulak.he he he
Share:

0 comments:

Post a Comment