" A year from now you may wish you had started today "

23 December 2010

Fanatik Bola atau Helah?



Semalam (23/12/2010) ,  Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyeru rakyat negara itu supaya bersatu padu menyokong pasukan kebangsaan mereka menentang Malaysia dalam aksi final di Stadium Nasional , Bukit Jalil yang dijangka berlansung Ahad ini.

 Selain itu,Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng pula melahirkan rasa yakin yang penyokong Indonesia akan mendominasi Stadium Nasional. Beliau turut menekankan perlunya keselamatan pasukan kebangsaan Indonesia itu diberi perhatian sepanjang berada di Kuala Lumpur.

 Hari ini pula,Metro melaporkan Presiden Susilo akan datang ke Malaysia bagi menyaksikan perlawanan tersebut.Nampaknya,peminat bola sepak Indonesia bukan sahaja terdiri daripada rakyat jelata,bahkan presiden dan pegawai tinggi kerajaan mereka memberikan sokongan yang padu kepada pasukan kebangsaan.

  Namun,adakah ini semua ada 'udang di sebalik batu'?Masakan tidak,menteri-menteri Indonesia yang diketuai oleh Presiden Bambang bakal menyemarakkan penyokong-penyokong Indonesia untuk menyerbu stadium pada malam itu.Sudah tentu kita amat masak dengan sikap buruk sebahagian penyokong Indonesia yang tidak menghormati penduduk tempatan.Selain itu,kita sudah maklum akan insiden yang tercetus di Stadium Bung Karno tempoh hari di mana 70,000 penyokong Indonesia tidak menghormati lagu Negaraku,malah membuat bising ketika lagu kebangsaan kita itu dinyanyikan.Tidak cukup dengan itu,mereka beramai-ramai menjerit 'Ganyang Malaysia,Ganyang Malaysia' beramai-ramai secara berulang-ulang kali.Sudah tentu episod duka ini tidak akan dilupakan pemain serta rakyat Malaysia kerana ianya terang-terangan mencabar kedaulatan dan maruah tanah air yang tercinta ini!






  15,000 keping tiket untuk penyokong Indonesia sudah terjamin,tidak termasuk tiket yang akan dijual secara terbuka.Mengikut ramalan , hampir 25,000 penyokong fanatik Indonesia samada pendatang sah atau haram akan membanjiri stadium nasional.Selebihnya,kira-kira 60,000 penyokong Malaysia yang akan memenuhi stadium untuk memberi sokongan yang amat padu kepada pemain negara dan membalas 'pemberian' pahit daripada penyokong lawan tempoh hari lalu.Pada hari tersebut,penyokong fanatik Selangor,Negeri Sembilan,Kedah,dan semestinya Kelantan serta seluruh negeri di Malaysia akan melupakan semangat kenegerian bagi menyokong pasukan kebangsaan yang amat mereka sanjungi ini.

  Oleh itu, AWAS Indonesia!Jangan 'coba' apa-apa di tanah air kami.Memang benar penduduk kami tidak seramai kalian,namun,kami amat mencintai tanah air kami dan kami tidak akan biarkan sesiapapun yang menghina negara yang kami sanjung ini.HIDUP MALAYSIA!!!!
Share:

0 comments:

Post a Comment