" A year from now you may wish you had started today "

31 December 2010

Good Bye Farewell 2010..Here I Come 2011..


HAppy New Year.Tahun 2010 dah pun berlalu.Aku tak boleh bawa bersama tahun 2010 bersama aku,namun,kenangan dan pengalaman yang terjadi pada tahun lepas tak mungkin aku lupakan.Terlalu banyak perkara yang terjadi pada tahun lalu.Terlalu banyak pengalaman yang mengajar aku untuk lebih matang.

  Sedih sangat apabila meninggalakan tahun 2010,aku pun tidak pasti kenapa.Mungkin kerana aku tidak memanfaatkan masa yang diberi sepenuhnya tahun lalu.Mungkin juga aku sedih dan rindu apabila teringatkan peristiwa manis dan pahit yang berlalu sepanjang 2010 yang tidak mungkin boleh aku putarkan ia semula.Yang paling sedih apabila aku meninggalkan CFS UIAM pada tahun lepas.Bagi aku UIA tempat belajar yang sangat best.Kawan-kawan pun sangat baik.Tapi,aku sedar yang aku perlu ikut pilihan yang lebih baik,dan aku redha..Sedikit pun aku tidak menyesal akan pilihan aku.

 Apa yang paling besh pada tahun lepas ialah aku berjaya 'manage' Family Gathering belah keluarga mama aku.Dah la julung-julung kali diadakan.Aku bangga dan gembira sebab semua anak-anak tok ayah aku dapat berkumpul pada hari tersebut.

  Kalau sebut New Year jer mesti orang akan tanya azam tahun baru.Bagi aku,azam perlu dibuat setiap hari.Tapi bagi memenuhi syarat la katakan,azam jangka panjang mesti dibuat dan diperbaharui bagi memastikan perjalanan sepanjang tahun berjalan mengikut perancangan.

  Azam aku bagi tahun 2011 ini ialah ;

1)Belajar extra rajin.(biar exam dapat cemerlang).
2)Perbanyakkan membaca buku luar kuliah.(target at least 10 buku untuk 2011).
3)Gosok gigi sebelum tidur.(kalau tak mama aku bising)

Tapi....azam aku yang paling besar...azam seumur hidup aku....bukan sekadar azam,tapi cita-cita aku,yang tak dapat aku penuhi lagi sampai sekarang ialah.......



4)Membuatkan orang yang aku sayang selalu terseyum tanpa ada kesedihan lagi pada mereka....

  Walaupun azam no 3 sangat susah untuk aku buat,tapi azam yang terakhir jauh lebih susah.Aku cuma tak mahu orang yang aku kasih sedih,terutama sekali sebab aku yang buat.Aku tak mahu mama aku sedih,tak mahu adik beradik aku kecewa dengan aku,tak ingin keluarga resah, tak ingin kawan-kawan aku marah pada aku.Sebab,bila mereka sedih,aku akan turut sedih.Tapi bila mereka gembira,ianya menjadi satu kejayaan buat diri ini....
Share:

0 comments:

Post a Comment