" A year from now you may wish you had started today "

30 December 2010

Kenali Bakal Teman Hidup Anda.(original post)

  
  Korang nak isteri/suami yang macam mana?Mesti semua jawab nak yang lawa,cantik,hensem,seksi,sedap mata memandang,tinggi,'good looking'.Sebenarnya jawapan ni berkisar tentang benda yang sama sahaja iaitu paras rupa dan fizikal.Sekarang ini teramat ramai sekali yang menjadikan paras rupa dan luaran sebagai kayu ukur untuk menjadikan pasangan hidup.

   Bagaimana pula dengan perangai secara keseluruhannya?Aku pasti dan percaya bahawa korang akan beri jawapan yang sama,iaitu,mahukan suami/isteri yang baik.Aku kira korang tidak perlu bimbang kerana dalam Al-Quran ALLAH berfirman " Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" An-Nur:26.Orang yang baik tidak perlu bimbang kerana ALLAH sudah menjanjikan pasangan yang baik untuk dirinya,yang perlu bimbang ialah orang yang tidak berapa baik.

  Namun,bukan hal ini yang aku mahu kongsikan pada hari ini.Apa yang aku ingin kongsikan ialah kita sebenarnya boleh meramalkan bagaimana  sikap pasangan kita nanti.Maksudnya,apa yang dia suka,apa hobi dia,apa benda yang dia tidak suka dan sebagainya.


  Untuk mengenali bakal pasangan kita,kita seharusnya melihat dan menilai akan diri kita.Ini adalah kerana bakal pasangan kita,selalunya,akan mempunyai sifat dan sikap yang bertentangan dengan kita.Dan ini adalah merupakan sebaik-baik perkara yang bolek berlaku.


  Sebagai contoh,si A merupakan seorang lelaki.Si A seorang lelaki yang tenang,tidak cerewet,malas,pandai memujuk dan pendiam.Si A juga seorang yang tidak pandai bergaul dan memendam perasaan serta bersikap rasional.Maka , pasangan yang boleh diramalkan untuk dia ialah Si B yang mempunyai sifat bertentangan dengan dirinya.Si B bersifat cerewet,mudah hilang kawalan diri,pandai bergaul,cepat menunjukkan perasaan diri,bertindak terburu-buru.Oleh kerana Si A pandai memujuk,maka Si B merupakan seorang yang suka merajuk!


  Selain itu,Si A merupakan seorang pendengar yang baik berbanding Si B yang suka bercakap dan meluahkan isi hati.Si A juga seorang yang tenang,maka,si B merupakan seorang yang panas baran!


  Ia maksud akal bukan,kerana cas yang berlainan akan menarik satu sama lain dan cas berlainan akan menolak.Magnet kutub utara akan menarik magnet kutub selatan dan sebaliknya!Ia benar-benar maksud akal kerana air akan bisa memadamkan api yang marak,dan angin hanya akan memarakkan api yang kecil.


  Namun,ini hanya merupakan teori aku yang dirumuskan selepas membuat beberapa pemerhatian kepada pasangan saudara-saudara aku.PEACE!!!


  
Share:

0 comments:

Post a Comment