" A year from now you may wish you had started today "

21 December 2010

Kerana aku adalah..

Berada 7958 KM atau bersamaan 4945 Batu dari tanah air tercinta,

berbekalkan semangat dan cita-cita menjadi nafas untuk aku terus  

tabah demi menimba ilmu pengetahuan di bumi Anbiya' ini.






Aku sudah tahu kedatangan aku di sini bukan sekadar suka-suka,tetapi dipikul bersama ku harapan yang tinggi menggunung.Aku tahu dan sedar,aku bukan seorang yang pintar seperti Nur Amalina atau sehebat Nik Nur Madhiah yang masing2 mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

  Ramai yang tidak yakin dengan kebolehan aku.Sebelum sampai di Mesir , kata yang dah bosan aku dengar, "Ambil medic?Boleh lulus ke?atau "'Biar betul kau ni?" dan "Kau boleh terus beli tiket balik la".Kata-kata sedemikian datang daripada mulut-mulut saudara aku juga.Memang agak pedih bukan?Namun ia lansung tidak menjadi kudis yang bisa mematahkan semangat aku,malah aku anggap ia sebagai gurauan semata-semata.

  Demi ALLAH,lansung aku tidak salah mereka yang memandah rendah pada diri ini kerana aku adalah budak yang mengucapkan "Good morning Kitchen"(sepatutnya Teacher)  di sekolah rendah dulu.Ya,aku adalah budak yang menyebut 'favourite' dengan 'faburik' suatu masa lalu.Aku juga budak yang tidak mampu menuturkan Bahasa Inggeris mudah seperti 'Good Morning' dan 'Good Nite' ketika budak sebaya dengan ku sudah mampu menuturkannya.

  Maaf!Kata-kata pahit kalian tidak mungkin membuatkan cita-cita aku pudar.Mana mungkin aku boleh lupa akan mereka yang mempercayai diri ini.Mereka yang tetap percaya aku boleh berjaya walau aku bebarapa kali gagal.Mereka yang mengangkat aku ketika aku jatuh.Mereka yang merawat ku ketika aku sakit.Mereka yang memberikan ku semangat ketika aku lemah.Mereka yang menunjukkan ku jalan ketika ku kehilangan arah.Mereka yang memberikan cahaya ketika aku kegelapan.Ya!Mereka yang membuatkan aku bebal dalam menghadapi kata-kata hinaan serta ketidakpercayaan sesetengah pihak.


  Katalah apa saja pada aku,namun aku tetap tidak akan berputus asa...Kerana aku adalah Nik Athiqi Nik Ariff.

Share:

6 comments:

  1. kagum n awak :) xputus semangat hanya dgn kata2 orang lain, coz we still have our parents that always trust us ,right :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq...even semua org kt dunia ni dh xyakin ngn kita,prcaya la ibu kita ttp akan prcaya kt kita..

      Delete
  2. it's written in 2010, now we've reach 2013 :)
    i'm sure you're well trained in Egypt for your courses~
    buktikan kepada mereka2 yang memandang rendah itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tiqi akui yg tiqi menyimpan rasa dendam trhadap mrk..ejekan mrk hmpir stiap hari menghantui...tp skang x dah,tiqi sedar mrk semua mungkin trsilap pada masa silam..skang yg ada hanya kemaafan..insyaALLAH

      Delete
  3. waa terbaik laa mr cool ^^ tabik spring ~

    ReplyDelete