" A year from now you may wish you had started today "

27 December 2010

Kereta Idaman Aku.

Semua orang ada mengimpikan sesuatu benda dalam hidup mereka.Begitu juga dengan aku.Seperti insan yang lain,banyak impian dan cita-cita yang ingin aku capai terdiri daripada material,benda dan sesuatu yang abstrak.Kadang-kala impian aku seakan-akan kelihatan tidak realistik bagi sesetengah orang,namun,aku tidak pernah memadamkan impian aku begitu sahaja,malah,makin bersemangat pula untuk aku menggapainya.

  Sesetengah impian aku yang lain,kelihatan sangat sederhana di mata orang lain.Bagi mereka impian aku sepatutnya lebih besar lagi.Aku percaya dengan kata-kata Warren Buffet,di mana beliau berpesan agar "menjalani kehidupan anda sesederhana diri anda sendiri.Yang penting diri anda selesa."

  Walau apapun kata orang,impian aku tetap amat besar dan bermakna bagi aku,kerana ianya adalah impian aku.Walau sekecil mana pun impian aku,ia tetap amat bermakna bagi aku,dan walau sebesar dan semustahil mana pun cita-cita aku,akan tetap aku gapainya.

  Salah satu impian aku ialah untuk memiliki kereta idaman aku,Proton Satria Gt-i ataupun Proton Neo  R-3.Bagi aku,kereta ini memang nampak segak dan sporty.Cukuplah untuk aku membawa si dia tersayang bersiar-siar dan juga 'speeding' di lebuhraya.

  
  Padanlah dengan aku,tubuh aku bukannya besar dan tinggi pun,jadi kereta ini menjadi pilihan pertama aku.Kalau aku tak sempat beli kereta Satria Neos sekalipun,aku akan beli yang kompak macam ia juga.'Yelah',lama lagi baru aku mampu beli kereta,dalam 6 tahun lagi.Mungkin 'time' itu Proton keluarkan model kompak yang lagi canggih dan 'stylo' daripada yang ada sekarang ini.


Namun,aku rasa kereta sebegini cuma akan jadi 1st car aku 'je'.Tak lama selepas itu,aku akan tukar kereta mengikut kesesuaian umur dan keluarga.He he he..Maafla,aku bercakap pasal keluarga pula.Tapi aku tak rasa terlalu awal pun,hidup ini terlalu singkat.Kita harus pandai merancang,namun,jangan sampai lena terbuai khayalan.Mesti utamakan apa yang kita buat sekarang.
Share:

0 comments:

Post a Comment