" A year from now you may wish you had started today "

24 December 2010

Peti harta karun di puncak gunung.



Di sebuah kampung yang bernama Kampung Kehidupan,tinggal sekelompok penduduk kampung.Mereka hidup dengan serba kekurangan dan kedaifan.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Di hujung kampung mereka terdapat sebuah gunung yang bernama gunung Impian.Gunung tersebut sangat tinggi,dan apa yang paling menarik ialah di puncak gunung tersebut ada sebuah peti besar yang mengandungi emas.Orang tua-tua kampung itu menamakan peti itu sebagai Peti Kejayaan.


  Namun,tiada seorang pun daripada mereka yang berani untuk mendaki gunung tersebut.Ini adalah kerana gunung tersebut sangat curam dan mempunyai laluan yang sangat berbahaya.Oleh kerana jalan dakian gunung tersebut sangat berbahaya,ia digelar Jalan Cabaran.

  Tiba-tiba satu hari,seorang anak muda membuat keputusan untuk mendaki gunung tersebut.Akan tetapi,orang tua kampung menasihati anak muda tersebut untuk membatalkan hasrat dirinya."Adalah lebih baik kita hidup susah begini daripada ada nyawa yang melayang"kata salah seorang senior kampung itu.Anak muda tersebut menjawab "Adakah kita mahu terus berada di belakang orang?Terus ketinggalan saat bangsa lain sudah maju beribu batu daripada kita.Sedangkan kita hanya memandang sahaya kejayaan orang lain tanpa berbuat apa-apa?Harus berapa lama kita hanya memandang jalan keyaan?Sedangkan ia hanya menunggu kita untuk menempuhinya.

  Akhirnya pemuda tersebut memulakan pendakian dia dengan membawa senjata berupa Semangat dan Ketabahan.Pemuda itu baru sahaja memulakan pendakiannya.Dan orang kampung masih lagi menanti dirinya dengan penuh kepercayaan.Semakin tinggi gunung yang didaki,semakin sakit jika terjatuh.Namun,makin indah pemandangan jika sampai di puncaknya.

  

  
Share:

1 comment: