" A year from now you may wish you had started today "

25 December 2010

Warkah Untuk Burung Nuri.





Suatu ketika dulu,Sang Biawak berkawan dengan Si Burung Nuri.Perkenalan mereka berlaku di satu ruangan sembang.Mereka masih belum berjumpa akan satu sama lain,sehinggalah pada satu hari di mana Si Burung Nuri mahu bertemu dengan Sang Biawak untuk mengenalinya dengan lebik dekat. 

Sang Biawak belum bersedia untuk bertemu dengan Si Burung Nuri,kerana menganggap,dirinya perlu dikenali  terlebih dahulu. Pada malam yang gelap gelita,Sang Biawak menulis surat kepada Si Burung Nuri.

Kehadapan Burung Nuri,

Ya,coretan ini untuk diri mu..Sudah aku katakan bahawa aku bukan seorang yang baik.Namun,aku langsung tidak berniat permainkan hati mu.Aku tidak cukup berani untuk mengatakan hal yang sebenar kepada diri mu,namun,aku juga tak mampu menyembunyikannya lagi.Jadi,aku cuba untuk memberitahu mu secara halus.

  Namun,itu hanya sebahagian kecil daripada diri sebenar ku.Banyak lagi rahsia yang tak mungkin dapat aku singkap dengan hanya sekali post sahaja.Jujur ku katakan,aku tidak berniat permainkan kamu.Aku tidak salahkan dirimu jika kau pergi meninggalkan diri ku.Tetapi akan tetap ku coret siapa diri ku yang sebenar,samada kau masih dapat bertahan untuk tahu atau tidak.

  Kemaafan diri mu benda kedua yang ku harapkan,cuma berharap agar dapat kau kenal diri ini suatu hari nanti.Dan terpulang kepada kau samada dapat merima ku lagi atau tidak.

                                                                                                              Yang Benar,
Sang Biawak
Share:

0 comments:

Post a Comment