" A year from now you may wish you had started today "

26 December 2010

Warkah Untuk Kucing-kucing ku...






Kepada,
Kucing-kucing ku.

Hei kucing-kucing ku,
Kehadapan kucing-kucing ku,semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.

  Aku tulis surat ini dari Mesir tahu x,korang boleh baca ke x suka hati korang la.Aku lupa nak translate ke bahasa kebangsaan kucing la pula.Apa-apa pun,stem kat sampul surat 2 korang jangan la berebut pula,kan aku dah tampal 4 keping semuanya,sorang dapat satu k.



  Hei kucing-kucing ku,korang semua dah makan ke?Hah?Belum makan lagi ker?Ler,mesti adik aku yang lupa nak kasi makan ni.Aku dah bagitau dia untuk bagi makan kat korang semua sebelum aku datang Mesir.Dia lupa la tu.Korang bagitau la dia suh bagi korang makan.Hah?Aisey,korang mana la leh cakap bahasa manusia,lupa pula aku..he he he..

  Tujuan aku tulis surat ni sebab ada dua,pertama,aku nak menzahirkan rasa rindu aku kepada korang...hu hu hu,aku rindu korang semua tau!Kucing-kucing kat sini semuanya liar mengalahkan harimau tau.Korang ni kucing terjinak antara yang terjinak kat dunia tau x.Aku masih ingat,ketika korang duk kat rumah Cikgu Soh aku panggil korang suruh balik korang terus berlari ke pangkuan aku.Lagi satu,aku masih ketika aku nak ambil gambar korang semua,korang 'possing' maut abis!Aku juga masih ingat ketika hujan ribut hari tu,korang duk 'miow miow' kesejukan kat luar.Bila aku bukak pintu sekor-sekor duk buat muka seposen nak suruh aku kesian la kononnya kan?Aku cakap 'miow' balik baru korang masuk.Korang bukan sahaja jinak,malahan beradab.

  Tujuan kedua aku ialah,aku nak minta maaf kat korang semua pasal kejahatan aku buat kat korang.Antaranya,aku terlupa bagi makan,terkasi susu basi(sampai korang muntah-muntah,aku jugak yang kena bawa jumpa veterinar),campak korang dalam sawah padi(sori sgt2 time 2 aku tengah hangin satu badan sbb aku ingat korang yang 'pau' ayam goreng aku,rupanya aku terlupa yg aku sendiri makan mlm sebelum tu),letak korang atas bumbung dsb.Aku betul-betul minta maaf kat korang semua...






  Last but not least,korang semua kena tunggu aku sampai aku balik tau...And jangan gaduh sesama sendiri pula,kang aku lempang kang.. Jaga diri...Rindu korang semua..
Yang benar,
Tuan korang la..


Share:

2 comments:

  1. Replies
    1. xde la pencinta sgt,tp sy ni sensitif cikit n cpt kasihan tgk haiwan..

      Delete