" A year from now you may wish you had started today "

16 January 2011

Warkah Untuk Kasut Ku


Kepada,
kedua-dua belah kasut ku.
Hei kasut ku,
Semoga berada terus bersama ku...

Kasut ku,adakah kau masih ingat ketika mula2 ketika berjumpa dulu.Dan bagaimana kau boleh menjadi milik aku.Ketika itu hujan turun renyai-renyai.....

  Sudah lama aku ingin membeli kasut baru kerana kasut lama ku sudah nazak sangat dah akibat dinodai oleh kaki- kaki busuk abang sulung aku dan pak cik saudara aku yang tidak bertanggungjawab membersihkan ia.
Kau belum ku kenal ketika itu dan aku belum juga kau kenal.Dan ketika aku melangkah masuk ke kedai al-ihsan,aku mahu mencari kasut Daily De Vulc yang aku jatuh hati apabila terbaca di suratkhabar akannya.Namun,hampa!Stok kasut yang aku idamkan itu kehabisan stok!Tidak lama selepas itu abang aku mencuba diri mu,dan ku lihat kau sungguh cantik dan menawan sekali...pada ketika itu aku telah jatuh cinta pada mu dan terus ku beli..ha ha ha..aku merasa sungguh bangga kerana diri mu ialah limited edition dan model keluaran terbaru!ha ha ha....



Ketika mula-mula aku bawa kan ke sini,kau masih cantik dan menawan.Amat selesa untuk dipakai dan memberikan aku keyakinan yang tidak terhingga serta membuatkan langkah aku sungguh bertenaga sekali ketika berjalan mahupun ketika lewat ke kelas.Namun!Kerana keadaan tanah dan jalan di Mesir ni cam hampeh,kau telah bertukar kotor dalam masa tidak sampai 2 bulan.OH!Apakah ini dugaan?Ataupun petanda untuk aku beli kasut baru?

  Tidak!Diri mu masih ku cintai!Ditambah pula ngan krisis ekonomi yang melanda diri ku ini,biarkanlah kita terus bersama..Biarkan kata2 orang yang mengumpat akan keadaan diri mu,akan aku lempang mereka yang kata kau buruk dan kotor...Mereka sebenarnya tidak tahu yang aku beli kau dengan duit hasil tabungan aku selama 4 bulan setengah...Mereka xtahu yang aku terpaksa pecahkan tabung ayam adik aku kerana duit aku tidak cukup ketika itu...biarkan mereka...

  Apa yang pasti,aku xpernah basuh diri mu...kerana diri ini terlalu sibuk dengan kekasih-kekasih hati...he he he....hujung minggu nanti akan aku belai diri mu dengan air dan sabun ya...sabarlah....dan juga terima kasih kerana sanggup mempertahankan kaki aku yang wangi ini dari segala najis yang berbilang kaum di Mesir ini...Terima kasih duhai kasut...

Yang Benar,
                                                                                                                                                tuan kasut 
Share:

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    tiqi kan??
    group akak time gpdp kat cfs pj kan??
    lama juga akak cari tiqi..
    tiqi kat eqypt??
    jauh nye pergi...
    sudden je..
    thanx follow blog akak ye...

    ReplyDelete