" A year from now you may wish you had started today "

02 February 2011

Darurat

31/1/2011-(Isnin)

Kira-kira 100,000 penunjuk perasaan di Kaherah merusuh!Beratus-ratus ribu lagi Alex.Balai polis dibakar,bangunan Ami Daulah dimusnahkan.6 biji kereta kebal dirampas rakyat perusuh.Pekan berdekatan,Qaumiah,dikhabarkan sesak dengan perusuh dengan tembakan gas pemedih mata memberi kesan malah kepada pelajar Malaysia yang berkurung di dalam rumah di sana.

Selain itu,airport Cairo ditutup dengan 100 lebih pelajar Malaysia yg ingin pulang terperangkap.Lebih teruk,bekalan makanan di dalam sana kehabisan stok!Dan mereka sudah 2 hari terperangkap...Dikhabarkan juga harga secawan teh mencecah L.E. 200(Rm98)!!Dikatakan TPM Tan Sri Muhyiddin akan datang untuk menyelesaikan masalah ini..

Pada petang itu juga terdapat berita bhw pelajar Malaysia akn dipindahkan sementara ke negara jiran berdekatan seperti Jeddah,Syria,Jordan.Pali memberitahu aku Mesir dan bankrup dan matawang mesir dah jatuh sehingga 2x...Univ Zagazig dikatakan extend cuti 2 minggu lagi...

Pada malam itu juga,Ust Shobri col aku memberitahu beberapa arahan yang perlu dipatuhi ketika tempoh darurat ni...Dia kata y kami perlu bersedia dengan apa jua arahan sekalipun bermula dr sekarang...Dan esk perintah berkurung akn bermula dr jam 3 ptg...huh!


Share:

0 comments:

Post a Comment