" A year from now you may wish you had started today "

02 February 2011

Darurat

1/2/2011-(Selasa)

Hari ini spt hari2 biasa...cuma byk khabar angin yg bertiup kencang...abg aqil col ak mmberitahu yg kerajaan Malaysia menghantar kapal selam utk selamatkan kami semua..Kami sgt berharap dgn berita itu...


(makanan time darurat;roti + sos + mayonis)

2/2/2011-(Rabu)

Di sebalik ketenangan,kami semua sebenarnya dah makin bingung dengan apa yang berlaku..Pagi tadi kami menerima arahan untuk packing barang tidak melebihi berat 10-Kg...Dengar kata memang kerajaan Malaysia akan ambil kami semua pulang...Dengar kata juga Univ Azhar akan bercuti dalam tempoh masa yang lama...Lagi memeningkan kepala kami,Univ Zagazig tidak memanjangkan cuti dan exam mid year akan berjalan seperti biasa selepas sesi pembelajaran disambung..adoi!!

3 buah kapal terbang serta 1 buah kapal laut bakal tiba bagi memindahkan kami ke Jeddah..Itu yang dikhbarkan kepada kami...Namun,tiada apa2 arahan lg drpd pihak embassy...lebih memeningkan kepala kami,ketika kami semua sangat yakin akn pulang,kami dapati tiada jadual pulang untuk kami,pelajar Zagazig!

Cuma satu hal yang menggembirakan kami hari ni,internet dah boleh guna!Kami hanya boleh menunggu...berita2 yang kami dengar kian kedengaran tiada harapan...kami bingung...mama aku col aku dan dia sangat2 bimbangkan aku...aku sempat juga chatting dgn dia,dan dia memberitahu semua orang bimbangkan aku...ayah rock,cik su yang col ari2 kt mama bertanyakan berita ku...ayh ning sempat msg aku berpesan utk mnjaga dr...EE juga msg aku namun ak tidak sempat membalas msg EE...






mama sangat2 berharap padaku utk aku pulang sebelum jumaat ni,kerana dikatakan civil war akn berlaku pada hari tersebut...Aku meyakinkan mama aku akn pulang...dan dia sgt gembira dan lega...

Namun,apabila aku check jadual Wisma Putra,kami pelajar Zagazig tidak mempunyai jadual pulang pun!Kami mula lesu...pening...menunggu hari seterusnya...


Share:

0 comments:

Post a Comment