" A year from now you may wish you had started today "

07 March 2011

Berapa Nilai Kita?


Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.


Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang pertanyaan ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?Korang pepandai la pk sendiri..
Share:

0 comments:

Post a Comment