" A year from now you may wish you had started today "

31 May 2011

Trivia Mesir

Trivia Mesir ;

1) Minyak Petroleum sangat murah di sini,cuma 1.70 L.E.@RM0.85 seliter.

2)Makanan rutin rakyat Mesir ialah i'sy,iaitu roti leper yang cuma berharga 1 L.E@RM0.50 untuk 20 keping!


3)Mesir merupakan antara negara terkotor di dunia,sehinggakan aku berjalan di atas sampah setiap hari untuk ke universiti.

4)Pengguna jalan raya di Mesir menggunaka hon kenderaan masing-masing untuk membelok,memotong,memarahi pengguna yang lain,bertegur sapa,dan untuk saja-saja!

5)Jumlah penduduk Mesir ialah 80 juta orang kira-kira 2.9 kali ganda daripada rakyat Malaysia.

6)Mesir paling bangga dengan 3 perkara tentang negara mereka,iaitu keunggulan Universiti Al-Azhar yang merupakan universiti tertua di dunia , Piramid Giza yang merupakan antara 7 benda ajaib di dunia dan kekuatan tentera yang dianggap paling kuat di benua Afrika.





8)Ada bayi dinamakan Facebook di Mesi sempena revolusi Mesir!
Share:

0 comments:

Post a Comment