" A year from now you may wish you had started today "

22 July 2011

5 Makanan Terbaik...

Aku bukan pandai pandai sgt lam bab2 makan ni,bukan pakar pon..tp drpd pembacaan aku yang xberapa byk ni aku rasa antara 5 makanan ni mmg terbaik utk hidup kita..n aku pikir kalau korang xleh amalkan semua pon makanan2 ni,amik la salah satu paling kurang...bkn apa bro,usia kita bkn makin muda,tp mkn tua...time dah tua,time semua urat dah sakit,semua tulang dah reput xkan la baru nk cari ubat..time muda ni la kita kena amalkan makanan yg berkhasiat k...

  Apa 5 makanan terbaik tu...?Mereka ialah...;


5)Pisang




  • mengandungi kandungan tenaga yang tinggi , krn mengandungi 3 gula semulajadi iaitu sucrose,fructose & glucose
  • Boleh membantu atasi penyakit
  • Boleh membantu atasi tekanan jiwa dan perasaan , krn pisang mengandungi trytophan yg mana akan ditukar kpd serotonin yg membuatkan badan lebih relax!
  • Boleh membantu atasi tekanan darah tinggi
  • Boleh membantu atasi serangan jantung (stroke)
  • Boleh membantu atasi masalah buang air besar
  • Elok untuk kecergasan mental dan membantu anak belajar



4)Kopi






Ya!Kopi!Kajian Barat mengatakan kandungan kaffein yg tinggi dlm kopi tidak baik utk otak,dan itu semua tipu!Sedangkan pd setiap pagi Profesor2 Yahudi meminum kopi utk meningkatkan kosentrasi mrk dan meransang minda...


  Ada hadis yg mengatakan minuman kegemaran Nabi ialah madu,susu dan kopi.Mana mungkin Rasulullah meminum minuman yg memudaratkan.



  • Kafein merangsang saraf , so membuat minda kita lebih fokus dan membuatkan tumpuan kita lebih tinggi.
  • Membuang sel kulit yg mati & membaiki kulit yg rosak.
  • Menghilangkan bau badan!
  • Menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Baik utk jantung dan hati.





3)Kismis




Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”



  • Membantu meningkatkan memori dan hafalan
  • Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Melindungi hati
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
  • Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu menguatkan hafalan
  • Membantu menajamkan mata dan minda
  • Membantu memulihkan keletihan saraf
  • Membantu menguatkan daya ingatan
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit anemia ( kurang darah )
  • Menambah fahaman serta minat belajar



2)Madu






Dari Ibnu 'Abbas r.a.,
dari Nabi saw, (maksudnya): "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu."


  •  BAYI/KANAK-KANAK:


a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


  •  REMAJA:


    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

  •  WANITA:


a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

  •  LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

  •  PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):


    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
  •  UNTUK SEMUA:


a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.



1)Habbatus Sauda






Aku pikir masih ramai org Melayu kita yg xtau akan khasiat benda ni...sesetengah antara kita ada yg xkenal pon menatang apakah benda ni..ok,habbatus sauda ni sebenarnya ialah sejenis tumbuhan dalm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda.


  Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.


Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.
.

Antara khasiatnya ialah ; 




  • Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
  • Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  • Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  • Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  • Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  • Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
  • Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Share:

0 comments:

Post a Comment