" A year from now you may wish you had started today "

05 July 2011

Di mana ALLAH?(original post)







DI zaman serba moden ni,memang byk sekali fitnah yg timbul...dan fitnah yg besar sekali ialah fitnah yg membabitkan soal akidah dan keimanan seseorang itu..akhir zaman la katakan..dosa tidak solat,atau berzina tidak sebesar dosa sesat akidah..kenapa begitu?krn jika seseorang itu mati walhal dlm hidupnya tidak pernah solat atau berpuasa,ttp dia mati dalam keadaan kufur(tidak sah imannya),maka dia akn masuk ke dalam syurga selepas dibasuh dosanya di dalam neraka...

  Adapun orang yang mati dalam keadaan iman tidak sah,walhal ketika hidupnya beribadat selama seribu tahun sekalipun,maka baginya neraka buat selama2nya ( walya zubillah)...dan di akhir2 ini dgn ilmu agama yg sedikit ini ramai dalam kenalan aku bertanya soalan yg tidak seharusnya ditanya mrk...Mungkin krn aku ada mempunyai sedikit asas ilmu agama kot aku mnjadi sasaran mrk...sesetengah jawapan aku tidak mampu membuatkan mrk berpuas hati...dan antara soalan yg paling kerap mrk ajukan ialah di manakah ALLAH?

  Berpandukan ayat Quran, Taha [5] Iaitu "(Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy", seakan2 ALLAH  berada di atas arasy dan arasy itu berada di langit ke tujuh..astagfiruLLAH...jgn tergambar begitu,krn ianya boleh membuatkan kita kufur ( walya zubiLLAH)..adakah mungkin dzat ALLAH taala yang Maha Suci berhajat kpd ciptaanNYA?Jika begitu ALLAH di mana sebelum dijadikanNYA arasy?Dan jika ALLAH berhajat kepada sesuatu ini bermakna ALLAH itu lemah,dan adakah ALLAH lemah?Maha Suci ALLAH..kita sbg manusia berhajat kpd manusia dan air utk hidup,justeru adakah kita lemah atau kuat?jawapannya kita lemah krn kita berharap kpd benda lain..ALLAH pula kuat atau lemah?sudah kita akui ALLAHu Akbar!yang jika diterjemahkan bererti ALLAH Maha Besar,justeru kenapa dipersoalkan lagi di mana ALLAH??Krn jelas ALLAH tidak bertempat!

  Kita boleh menerima yang ALLAH tidak makan dan tidak minum..kenapa kita tidak boleh menerima yang zat ALLAH tidak bertempat?Maha Suci ALLAH...Dalam surat al-Ikhlas Qul huwa Allaahu ahad (Katakanlah bahwasannya Allah itu satu ),Allaahu (ash) shomad ( Allah Yang bergantung kepada Nya segala sesuatu )..Adakah kita mahu melupakan ayat-ayat sebegini dan tetap menganggap ALLAH berada di atas arasy??? satu dalam surat al-Ikhlas bermaksud zat ALLAH Taala,sifatNYA,kelakuanNYA,apa sekalipun ttg diriNYA tidak mempunyai persamaan dengan makhluk...

  Kalian,bagi ayat Taha,ulamak khalafi ( ulamak2 selepas 500 masihi) telah mengatakan bahawa ayat ini merupakan ayat mutasbihah..iaitu ayat yg memerlukan kita utk takwil..krn bersemayam di berpandukan ayat ini bermaksud memerintah,bukan duduk..Sedangkan arasy yang sangat besar itupun ALLAH sanggup memerintah apatah lagi bumi kita yang kecil ini sahaja bagiNYA...

  Kenapa ini berlaku masa kini?Pertama krn ramai org zaman sekarang yg tidak mengaji,tp masing2 hendak tunjuk pandai,kesannya sesat dan menyesatkan org lain..kedua krn ramai antara kita yg sekadar membaca terjemahan AL-Quran...terjemahan hanya sekadar membalikkan bahasa,bukannya memberi kita kefahaman ttg ayat tersebut..ketiga,minda sudah diracuni agenda yahudi melalui filem2 dan cerita2 yang seakan2 Tuhan berada di langit dan duduk di atas singgahsana yang hebat... waLLAHua'lam...semoga ALLAH menambahkan cahaya keyakinan kpd diri ini seandainya hamba ini dalam jalan yg benar,dan menunjukkan jalan yang hakiki jika hamba ini berada dalam jalan yang batil...
Share:

0 comments:

Post a Comment