" A year from now you may wish you had started today "

11 September 2011

10 Kota Mati

1. Kolmanskop (Namibia) : Dikubur dalam Pasir.




Bandar  mati di selatan Namibia, beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz.. Pada tahun 1908, Luderitz menjadi tempat pengeluaran  berlian, dan  banyak orang dari seluruh tempat  menuju ke padang pasir Namib untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah. Dalam dua tahun terciptalah sebuah kota yang megah lengkap dengan segala prasarananya seperti kasino, sekolah, hospital dan  juga dengan bangunan tempat tinggal yang eksklusif yang didirikan ditempat  yang dulunya tandus dan merupakan padang pasir. Tetapi setelah perang dunia pertama, jual beli berlian menjadi terhenti, Ini merupakan titik  berakhirnya hayat Bandar ini. Sepanjang tahun 1950 kota ini mulai ditinggalkan


2. Prypiat (Ukraine): Rumah  pekerja loji nuklear Chernobyl.






Kota besar di kawasan  yang terasing di Ukraine Utara, merupakan kawasan perumahan para pekerja loji Nuklear Chernobyl. Kawasan ini menjadi bandar  mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang menelan hampir 50 000 jiwa. Setelah bencana itu, lokasi ini dijadikan seperti sebuah muzium, yang  menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Soviet.


3.San Zhi (Taiwan): Tempat peranginan yang futuristik.








Disebelah Utara Taiwan, terdapat sebuah kawasan yang futuristik hendak dibangunkan (ala- ala Genting Highland la ni..), pada awalnya dibangunkan  sebagai sebuah tempat peranginan  yang mewah bagi orang  kaya. Bagaimanapun, setelah terjadi banyak kecelakaan yang dasyat  pada masa pembangunannya, akhirnya projek tersebut dihentikan. Setelah mengalami kesulitan dari segi dana dan para pekerja,  akhirnya pembangunan kawasan peranginan  tersebut  dihentikan ditengah jalan. Desas-desus kemudian mengatakan kawasan tersebut menjadi tempat tinggal para hantu, dari mereka yang sudah meninggal.


4. Craco (Itali): Kota zaman pertengahan yang mempesona.








Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan yang berbukit – bukit dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya.
Antara tahun 1959 dan 1972 Craco  selalu dilanda  gempa bumi  dan tanah gelongsor . Pada  tahun 1963   penduduk sekitar  dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco . Sehingga sekarang, bandar craco masih tidak berpenghuni









5. Oradour Sul Glance (Perancis):  kekejaman Perang Dunia II.








Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis  ini mempunyai imej   yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibunuh oleh tentara Jerman sebagai bentuk  balas dendam keatas apa yang dilakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tetapi rancangan  mereka berubah dengan menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.


6. Pulau Gunkan Jima (Jepun) : Pernah menjadi populasi terpadat di dunia.







Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki. Dan jaraknya sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika suatu perusahaan (Mitsubishi) membeli pulau tersebut dan  membangunkan projek  untuk mendapatkan arang batu  dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Di tahun 1916 mereka membangun bangunan dari konkrit bersaiz  besar yang pertama di pulau tersebut iaitu sebuah blok apartment  untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan
Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut bertambah dengan kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan, menjadikan pulau itu mempunyai populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ketika minyak tanah menggantikan arang batu  tahun 1960, harga arang batu mulai merudum, tidak terkecuali di Gunkan Jima, pada  tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan industry  tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting filem “Battle Royal II”




7. Kadykchan ( Rusia ) : jatuh bersama Soviet Union.






Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur semasa  runtuhnya Soviet Union. Penduduk Bandar itu keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk tinggal di kota lain dan berpindah ke rumah baru.  Bandar  dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata  berkerja sebagai pelombong bijih  timah ini meninggalkan rumah mereka dengan segala perabot dan barang – barangan perhiasan rumah mereka.


8. Kowloon ( Hongkong ) : tiada undang – undang disini!






Bandar besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepun  selama perang dunia II, yang kemudiannya diambil alih oleh penduduk liar setelah Jepun menyerah kalah. Pemerintahan Inggeris mahu China bertanggung jawab terhadap Bandar  ini, kerana  Bandar  tersebut menjadi  Bandar  yang tiada beraturan dan tidak taat pada peraturan  pemerintah. Populasi yang tidak terkawal,  bangunan yang sangat tinggi sehingga  cahaya matahari tidak dapat menembusi Bandar itu. Seluruh kota disinari dengan lampu  neon dan  dipenuhi dengan rumah pelacuran, kasino, dadah dan kilang – kilang rahsia yang tidak diketahui oleh  pihak berkuasa. Keadaan ini akhirnya berakhir  pada  tahun 1993, apabila pihak berkuasa Inggeris dan China mengambil kembali Bandar itu dan memindahkan penduduk disitu


9.Varosha ( Cyprus) : Dibiarkan usang  setelah dijajah






Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diakui oleh Republik Cyprus Utara. Ketika tentera Turki menguasai daerah tersebut pada tahun 1974, mereka menjaga dan memagari daerah tersebut, sesiapa tidak dibenarkan keluar masuk kota tersebut tanpa kebenaran  dari tentera Turki dan tentara PBB. Rancangan ini  untuk  mengembalikan Varosha ke tangan pihak Greece, namun rancangan tersebut tidak pernah dilaksanakan. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada pembaikan dilakukan. Perlahan – lahan bangunan dikawasan tersebut hancur, besi mulai berkarat, jendela mulai pecah, dan akar-akar tumbuhan menembusi dinding dan bumbung.


10 . Kota Agdam ( Azerbaijan ): Ditinggal akibat tempias peperangan






Bandar besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai sehingga 150 000 orang. Namun populasi ini kemudiannya hilang pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak   menjadi pengkalan bagi peperangan, namun kota ini tetap mengalami kesan dari perang tersebut. Pemberontak Armenia menceroboh dan merosakkan Bandar tersebut. Bangunan-bangunan yang dirosak  akhirnya ditinggalkan oleh penghuninya, hanya  tinggal masjid-masjid yang masih  teguh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke  negara lain seperti Iran.

Share:

0 comments:

Post a Comment