" A year from now you may wish you had started today "

27 September 2011

aPa kHabAr sAudArAkU ; krIsIs Di Somalia Kian Meruncing



Sedarkah kita nun jauh di seberang sana beribu-ribu kilometer dari Malaysia, saudara kita yang seagama di Somalia merana dilanda kemarau disamping krisis politik yang tidak berkesudahan. Negara mereka miskin, sumber terhad terpalut pula dengan peperangan saudara…Allah….bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.




Dimana suara-suara lantang umat ISlam yang begitu gigih memperjuangkan nasib umat Islam Palestin? Dimana usaha-usaha yang gempak bila bercakap bab Gaza ?
Adakah disebabkan Somalia ini kurang tumpuan ? berkulit hitam ? negara berpasir dan panas? maka aktivis-aktivis terbabit tidak berminat?

Kita mengejar Syurga dengan membantu saudara kita di Palestin, namun kita tinggalkan Neraka pada saudara kita di Afrika (Somalia).




 Mengikut rangkaan dan kajian UK Development Secretary, dianggarkan 400,000 kanak-kanak menghadapi kematian kerana kebuluran di Somalia. Itu anggaran sedangkan yang realitinya, 10 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap hari di kem pelarian Kobe. Itu baru satu kem pelarian.
 Masyarakat UK dan USA sudah lama prihatin pada nasib saudara kita di Somalia, akhbar-akhbar mereka setiap minggu melaporkan situasi terkini pelarian Somalia di Dadaab, Kenya, situasi rakyat Somalia itu sendiri yang kebuluran. Mereka yang semuanya Kristian yang juga golongan missionari lebih mendahului kita dalam membantu. Bahkan majority mereka memban-tu atas dasar kemanusiaan.
-Hulurkan bantuan ringankan beban-


Share:

0 comments:

Post a Comment