" A year from now you may wish you had started today "

17 April 2012

4 faktor yang mengganggu pengurusan masa

Aku rasa student plg byk masa terluang n plg kurang komitmen.Ye la,keje kitaorg ialah belajar,makan,tido n main je kan..Namun masih ramai yg bg alasan 'xde masa' ,'xcukup masa' , 'xsempat','byk keje' n sbgnya...sbnrnya ada beberapa faktor mslh pengurusan masa ni berlaku...





(1) Cakap terlalu banyak- Adalah sudah menjadi lumrah manusia untuk bercakap lebih banyak berbanding melihat dan mendengar. Menurut pakar psikologi, kebarangkalian seorang yang suka bercakap untuk fokus melakukan sesuatu tugasan adalah lebih sedikit berbanding orang yang suka melihat dan mendengar. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pengurusan masa yang telah anda rancang.

(2) Cuba untuk siapkan terlalu banyak tugasan- Anda perlu tahu bahawa tugasan kerja anda sebenarnya tidak akan habis. Rancang masa kerja yang ingin anda lakukan. Jangan cuba untuk lakukannya secara sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan anda, malah ia turut akan menjadi penghalang untuk anda menikmati kehidupan yang lain.

(3) Kerja dalam keadaaan yang tidak teratur- Ini juga adalah merupakan faktor utama yang mengganggu pengurusan masa anda. Apabila anda bekerja dalam keadaan yang tidak teratur, anda tidak akan tahu bilakah sebenarnya tugasan anda akan selesai. Ia akan menyukarkan lagi untuk anda memperuntukkan masa terhadap tugasan yang perlu dilakukan.

(4) Banyak berangan- Mungkin ada sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mereka fokus melakukan sesuatu tugasan. Apabila mereka sedang melakukan kerja, dalam masa yang singkat mereka akan mula berangan. Ini akan mengganggu terhadap tugasan yang sedang dilakukan. Anda perlu bijak untuk menangani masalah ini.




Share:

0 comments:

Post a Comment