" A year from now you may wish you had started today "

23 April 2012

Rahsia Buluh Cina




Buluh cina ditanam setelah tanah digemburkan . Kemudian selepas empat tahun, tidak ada tanda-tanda pokok bercambah. Apa yang boleh dilihat hanyalah sedikit anak pokok.Namun,dalam diam,akarnya bercambah di dalam tanah.Membina rangkaian untuk dijadikan tapak yang kuat lg teguh.


  Selepas lima tahun buluh cina itu naik tinggi. Mengatasi pesaing-pesaingnya yang lain yang dulunya gah meninggi.Saat pokok2 lain mula mengguning di musim kemarau akibat kekurangan air,buluh cina terus tumbuh meninggi kerana akarnya yg dibina bertahun2 sudah kukuh.

  Pemimpin yang berprinsip memahami metafora buluh cina. Mereka tahu harga bagi menggembur tanah, menanam benih, menyuburkan dan memupuk anak benih walaupun mereka tidak melihat hasilnya yang segera. Mereka percaya mereka akan menuai hasilnya.

  Begitu juga dengan diri kita sendiri, untuk berjaya bukan mengambil masa yang singkat. Jika nak dikira kita bersekolah daripada sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti. Ia mengambil masa yang lama untuk mencapai cita-cita dan berjaya dalam hidup. Tidak ada jalan mudah untuk Berjaya. Bukan senang untuk menjadi senang.


N.B ; kukuhkan tapaknya dulu,baru kita mampu membina bangunan tinggi yang kukuh.
Share:

2 comments:

  1. Menarik cara mengaitkan pokok buluh cina ni dengan cita-cita kita...nice sharing...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sya..apa2 yg ada dlm dunia ni leh kita jadikan simbolik dan peringatan kpd dr kita..

      Delete