" A year from now you may wish you had started today "

05 February 2013

Warkah Untuk Cikgu Berahim

Kepada,
Cikgu Berahim a.k.a. Penguin




Kehadapan Cikgu Berahim,
Rileks cikgu,jgn gelabah,simpan rotan cikgu,kami utus surat ni bukan nak cari pasal..cikgu baca warkah kami ni tenang2,warkah ni ikhlas dr hati kami..

Sebut saja nama Cikgu Berahim,sape yg xkenal kan..ngan misai kontot n wajah garang cam jin membuatkan pelajar2 sekolah kita ketar lutut,ada juga yg sampai terkencing dlm seluar kalau dgr cikgu sergah diorang.Tapi yg paling menawan tentunya perut cikgu yg buncit yg membuatkan cikgu digelar penguin.

Cikgu paling famous kt sekolah kami sbb cikgu ketua unit disiplin buat 3 thn berturut kan? Apa cikgu ingat cikgu ni lg power dr pengetua ke?Ooo mentang2 cikgu ada rotan ingat leh rotan kami sesuka hati ke?

Cikgu,
Kami masih ingat pertama kali kami kena rotan ngn cikgu time form 2 sebab masuk kelas lewat 5 minit..Cikgu trus panggil kami berlima n rotan betis kami 5 kali ( seminit satu rotan ) ..Mahunya pedih betis kami cikgu,ingat pokok pisang ke yg cikgu rotan 2?Cikgu pikir kami sengaja mahu masuk lewat ke?Kami lewat sebab kt kantin ramai org,lgpon kami lewat sbb sebelum 2 kami tlg Cikgu Murni angkat buku,adakah cikgu tahu?

Cikgu,form 3 lak cikgu tangkap Hanif ; iaitu salah sorang geng kami sebab dia bawak CD game Need for Speed,terus cikgu heret dia ke bilik disiplin,dan tanpa banyak soal cikgu terus rotan dia 10 kali kt punggung.Adakah cikgu ingat?Mungkin cikgu xingat siapa yg cikgu rotan sebab ramai sgt yg cikgu rotan.Tapi mesti cikgu ingat kereta proton wira cikgu pancit , petang time nk balik kan? Cuba cikgu ingat baik2...Haa...Kami la yg pancitkan tayar kereta cikgu sbb cikgu rotan Hanif tanpa soal siasat..

Cikgu disiplin yg dihormati,
Kami masih ingat form 4 paling kelakar!Kami masuk pagar sekolah kul 8..Bila perhimpunan habis,kami mula la projek kami lompat pagar kul 10...Tengah kami nak lompat,cikgu ternampak kami dan terus kejar kami...tercungap2 cikgu kejar kami..kami minta maaf pasal hari 2..tp kelakar betul cikgu lari..ha ha..

Cikgu ku,
Bila masuk form 5,mula lah cikgu 'blacklist'kan kitaorg berlima ..cikgu labelkan kitaorang virus sekolah..sampai hati cikgu cakap camtu,kami ni pelajar tau x,kami ada maruah n keluarga..Lagipun kami xpernah duk kelas corot...Nape cikgu begitu benci kt kitaorg? Bila nampak kitaorg ada je benda salah yg cikgu cari..Saya masih ingat , hari 2 kami ngah sarapan kt kantin,tiba2 cikgu dtg n menjerit ... Cikgu pegang tgn sy ngn kuat..Lepas 2 cikgu tuduh sy mengorat Cikgu Azie..Sy xtahu samada cikgu time 2 kena rasuk setan ke apa..Xkan la sy nk mengorat cikgu sendiri walaupun cikgu azie 2 cun n muda lg..Ramai lg awek luar sekolah minat kt sy pun..Bila sy menafikan perkara 2,cikgu bengang n ajak sy bertumbuk..Cikgu hina sy macam2,kalau x kerana kwn2 halang sy mahunya kita dh bertumbuk hari 2 jgk,apa cikgu ingat sy xprnah tumbuk org ke?

Bila kami buat salah cikit mmg dendanya dasyat..Ingat x cikgu suruh kami tanggalkan baju dan jogging 5 round kt padang..Pasal jogging kami no hal,tp ngn xpakai baju,malu ya amat! Tu belum termasuk cikgu jemur kami tengah panas selama sejam,suruh kami pakai poster tertulis 'virus dan parasit sekolah'...Rotan mmg xyah ckp,mmg makanan ruji kami setiap hari di sekolah..

Cikgu yg masih sy hormati sikit2,
yang paling kami terkilan hari last belajar sblm SPM kami mintak maaf ngn semua cikgu,tp cikgu xtgk pon muka kami apatah lg bersalam..bagi cikgu kami ni jijik ya amat...Kami masih terasa hati ngan cikgu bila cikgu kata 'aku doakan korang gagal SPM',sampai hati cikgu...sungguh kami betul2 ikhlas hari 2...sungguh cikgu...

Tapi cikgu,
Cikgu lihatlah kami sekarang,kami berjaya ke menara gading..Kelima-lima kami skang menuntut di universiti berlainan .. Syukri skang blajar Acounting di USIM...Syazwan jgk kt USIM amik Syariah...Azlan yg cikgu gelar dia budak tolol skang amik Mathematic kat UIA..Hanif yg cikgu pernah tampar dia,skang belajar kt Maktab Perguruan kt Terengganu..

Dan saya,Athiqi,pelajar yg cikgu paling benci,yg cikgu tuduh sy mcm2,yg cikgu ajak bertumbuk,yg cikgu prnah anggap xberguna,skang sy melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir tajaan JPA...akhir kata cikgu berenti la bencikan pelajar2 cm kami,kami xjahat,kami juz nakal...dan kami dh buktikan budak nakal cam kami pon boleh berjaya..sekian!

Bekas anak murid cikgu,
Geng Parasite Sekolah.



Share:

8 comments:

  1. teringat lak zaman sekolah aku dulu..hahaha..

    ReplyDelete
  2. hehee... mcm2 crita nakal tyme skolh eh... biase la 2.. nakal2 pn bleh bjaya... insyallah...

    ReplyDelete
  3. he he..2 la psl..ada2 je kan..thanks sudi baca

    ReplyDelete
  4. sume rase ada lam cite nih, geram, nyampah, klaka,cedey dan simpati pun ada..tpi x sangka ler awk nih nakal nyer eh..tpi plg x patut bab cikgu tu ada ke doa u olz gagal SPM..ishhh3 x patut x patut..pa pe pun u olz dah buktikan yg u olz dak nakal yg hebat..hehehe..gud lucks dlm bidang memasing.Apa pun apa yg berlaku di masa lalu tlh menjadikan u olz spe u olz arinih kan..pis yoooo :-)

    ReplyDelete
  5. mmg la fa...biasa la time sekolah2 dl semua pengalaman ada..apa yg mmmbuatkan kami kuat ialah sbb ada kwn2...thanks eyfa...smg fa pon berjaya dlm hdp fa

    ReplyDelete
  6. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete