" A year from now you may wish you had started today "

27 June 2013

kIsAH 1 mALam ; Pengalaman Ngeri Aku Part 1


Post aku kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku time berkhemah kat Hutan Simpan Gua Musang time aku form 4 nak masuk form 5.Ingin aku tegaskan citer aku ni memang ada kena mengena dengan yang masih hidup dan benda yang tak berapa hidup namun wujud di sekeliling kita.Korang percaya ataupun tak terpulang kepada diri masing-masing.Tapi ini benar-benar berlaku dalam kisah hidup aku bersama 9 orang lagi rakan seperjuangan aku.Kisahnya bermula....

  Ketika cuti hujung tahun,bulan Disember,kami terpaksa menjalani satu perkhemahan yang dipanggil Perkhemahan Uji Ilmu.Perkhemahan ini adalah untuk bakal senior yang akan handle persatuan pengakap kat sekolah aku.Ianya bertujuan untuk uji diri korang samada bersedia mental dan fizikal ke x.Lagipun,mestilah kitaorang nak nampak bergaya depan budak-budak kan.Tambahan pula,perkhemahan ini cam dah tradisi la.Sepatutnya 18 orang geng2 aku yang kena g camp ni,tapi sebab 8 orang lagi ada kerja masing2,so,tinggal la 10 orang termasuk aku.

  Kami memulakan pengembaraan kami dengan mula masuk hutan pada waktu petang lam kul 5 p.m.,sepatutnya awal pagi dah kena masuk tapi disebabkan masalah ngan surat kebenaran polis,kami terlewat.Semuanya berjalan setelah 5 jam kami berjalan dalam barisan lurus.Kami berehat dalam 2 jam di satu tempat di tengah-tengah hutan.Guruh mula kedengaran "DETUMMMM!! DETUMMMMM!!!!".Aku tahu semua takut,termasuk aku,tapi sekor2 wat muka cool je.Bajet berani la 2 yer.

  Lam pukul 12 a.m. kami meneruskan perjalanan kami.Time 2 hanya Tuhan yang tahu betapa seksa dan mencabarnya perjalanan kami.Dahla gelap gelita,hujan turun punya lebat!Jalan punya gelap Ya ALLAH,aku hanya nampak lorong yang aku suluh dengan lampu je,kanan kiri,atas bawah lansung xnampak ape!Lumpur punya tinggi sampai betis wa cakap lu!Time 2 aku seolah ingat aku ni cam bermimpi.Tapi aku tetap kuatkan semangat.

  Dalam 30 minit berjalan,kami perlu kira orang.Ye lah,disebabkan berjalan dalam garisan lurus takut-takut ada yang tercicir.Memang kami perlu kira ahli setiap 30 minit pon.Yang paling depan jerit,"Satu!!" then diikuti orang belakang dia "Dua!!!" sampai la enam.Member aku yang keenam paling depan jerit "Enam!!!" ....pastu senyap....aku no 8 tapi kawan aku kt depan yang no 7 xsebut no dia....so aku xleh jerit la no aku....then yang depan jerit lagi sekali no dio "SATU!" diikuti "DUA!!!TIGA!!EMPAT!!LIMA!!!ENAM!!!"then senyap macam tadi juga...sampai tiga kali ulang step sama...."berkumpul dalam bulatan cepat!!!" jerit Mat Lan selaku ketua kumpulan...Bila disiasat kawan aku yang duk kat depan time berjalan memang hilang la!!!adoi!!Apa nak buat ni dalam keadaan macam ini?Dah la gelap gelita then hujan lebat plak ni.Kenapa ko ilang masa ni Syahiran oiiii,ilang la esk ke lusa ke kan ok jgk....

ARRGGGGGHHHH!!!!!!!!

to be continued...


  
Share:

4 comments:

  1. alahai, baru nak syok bace. eheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh ada sambungan si gadis cantik...hii

      Delete
  2. mesti nerbes gila masa tau kawan ilang. huhuiii

    ReplyDelete