" A year from now you may wish you had started today "

24 October 2013

Fakta Hari Ini ; Keistimewaan Hari Jumaat

Kita sbg org Islam rata2 tahu bahawa hari Jumaat ialah hari yang istimewa dan mulia serta digelar Penghulu Segala Hari.Namun jika ada orang non-muslim atau budak kecil yg bertanya apa yg membuatkan hari Jumaat ni istimewa dan mulia,agak2 korang leh bagi at least 5 sebab x? ermm...

K la ni antara keistimewaan Hari Jumaat ;

1 ) Hari di mana Nabi Adam dicipta,dimasukkan ke dalam syurga,dikeluarkan dr syurga & diwafatkan.

2 ) Kiamat akn terjadi pada hari Jumaat.

3 ) Hari bagi kaum muslimin krn pada hari Jumaat orang Islam diwajibkan berkumpul utk menunaikan solat Jumaat.

4 ) Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

5 ) Hari mustajab doa.

6 ) Hari dihapuskan dosa.

7 ) Hari lebih utama utk bersedekah.

8 ) Meninggal pada hari Jumaat dianggap sbg Husnul Khatimah.

9 ) Hari terselamat drpd seksa kubur.

10 ) Di syurga,ahli2 syurga dpt melihat ALLAH pada hari Jumaat.

Share:

5 comments: