" A year from now you may wish you had started today "

18 October 2013

Kristian Tidak Layak Guna Kalimah ALLAH

Maaf ni mungkin entry aku yg agak serius ..Lebih kpd agama dan semestinya agak sensitif kpd sesetengah pihak.Namun sbg seorang muslim aku berasa terpanggil utk menyatakan pendirian serta mempertahankan kalimah suci ALLAH...

Aku cukup hairan kenapa orang Kristian di Malaysia beria-ria sgt nak guna kalimah ALLAH dalam bible mrk sedangkan sudah berpuluh tahun mrk mengguna pakai kalimah God,Jesus,Holy Spirit utk merujuk kpd Tuhan mrk..kenapa mrk tidak menggantikan kalimah Tuhan sbg terjemahan kepada bahasa melayu..

Pada 14 Okt 2013, Mahkamah Rayuan tidak membenarkan akhbar The Herald menggunakan kaliah ALLAH merujuk sbg Tuhan org Kristian,namun,pihak Kristian masih boleh mengemukan rayuan dlm masa 30 hari.Sudah semestinya pihak kristian tidak akn berdiam diri dlm hal ni memandangkan mereka berjuang berhabis-habisan dlm 'merampas' kalimah ALLAH drpd org Islam sejak 2009 lagi.

Anwar Ibrahim secara konsisten mengatakan org bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH.Apa yang lebih malang orang yang aku sgt hormati dan seorang tokoh agama Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengatakan orang non-muslim boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan syarat ia tidak disalah guna.Apa maksud Tuan Guru? 

Di mana prinsip dan pegangan mukmin sejati wahai Tuan Guru?

Wahai Tuan Guru,dalam agama Kristian mrk mempercayai Trinity; iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Roh Kudus.Jika mereka menggantikan Trinity ini dgn ALLAH adakah mereka tidak dikira menyalahgunakan? Wahai Tuan Guru,konsep akidah dan tauhid kita dgn org Kristian sgt berbeza,kita mempercayai ALLAH Yang Esa,ALLAH Yang Satu,namun mereka mempercayai Tuhan itu wujud dalam 3 keadaan berbeza.Sanggup Tuan Guru membelakangi pendirian Majlis Syura PAS semata2 ingin menjaga hati rakan2 dalam PR,adakah ini pendirian Islam dan pendirian Rasulullah sedangkan baginda pernah bersabda "katakanlah yang benar walaupun ianya pahit".

Ada pula seorang tuan guru yang mengatakan Tuhan orang islam dan org kafir sama iaitu ALLAH...memang benar tuan guru,yang menciptakan sekalian alam ialah ALLAH..tp konsep pemahaman kita berbeza..Bolehkah kita membenarkan seorang menganut majusi ; menyembah matahari memanggil tuhan mereka iaitu matahari itu sebagai ALLAH ? Nah,itu jawapannya tuan guru,Tidak Boleh! Tidak Boleh juga kepada orang kristian kerana ALLAH kita tidak disalib,ALLAH kita tidak mempunyai Roh,ALLAH kita tidak wujud dgn bertempat,ALLAH kita ialah Zat Yang Satu!

Barangkali kerana ingin menjaga kuasa dan hati non muslim yang lain mereka sanggup mengorbakan prinsip dan perjuangan selama ini..Namun syabas kpd Tuan Guru Dr. Haron Din dan Tuan Guru Harun Taib akn pendirian mrk yg menolak dan membangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh org non-muslim.Sesungguhnya mrk ialah pejuang ahli sunnah wal jamaah yg sebenar.



Share:

2 comments:

  1. ini lah masalah bila agama di cantumkan dengan politik..kadang sy pun terfikir..mereka yang mengatakan atau membenarkan penggunaan kalimah Allah bukanlah orang yang kurang akal..tapi bijak pandai..so sekarang ni, kena pandai pilih mana yang betul mana yang salah..tak boleh ambil bulat2..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrk tau sbnrnya xleh bg non muslim pakai kalimah ALLAH..tp mrk dibutai dgn kepentingan dunia...itu la,kita kena pilih sndiri yg mana yang haq dan mana yg batil..sbb 2 jgn pegang kpd parti,tp pgg kepada Allah dan Nabi

      Delete