" A year from now you may wish you had started today "

18 October 2013

Movie Terbaik ; Miracle In Cell No 7


Baru je habis tonton movie korea tajuk dia Miracle In Cell No 7.Perkataan yang dapat menggambarkan filem ni ialah 'Terbaik'!! Sejujurnya dah lama aku xtgk cter yg sgt2 berkualiti dan unik seperti cerita korea ni.

Cerita ni mengisahkan seorang bapa tunggal ( lakonan Ryu Seung-ryong ) yang terencat,dia mempunyai seorang anak perempuan yg masih kecil.Alkisahnya bermula apabila si bapa ni dituduh membunuh seorang kanak2 perempuan dan cubaan merogol kanak2 terbabit.Jika sabit kesalahan dia bakal dihukum mati.

Sementera menunggu perbicaraan dia ditempatkan di sebuah sel penjara bersama banduan-banduan lain.Di sel tersebut sikap baik menyebabkan dia bersahabat baik dengan rakan2 di dalam sel.Rakan2 sel menolong dia 'menyeludup' anaknya ( lakonan Kal So-won ) ke dalam penjara akibat terlalu rindu.Pelbagai insiden lucu terjadi dalam usaha mrk itu.

Apa yg hebat ialah pengarah sgt2 excel dalam menyelitkan adegan sedih dlm scene yang sedih dan menyelitkan adegan lucu dlm scene yg sedih,pelik bunyinya kan? Tapi jika anda menonton pasti akan tau apa maksud yang sy cuba sampaikan.

Lakonan Ryu Seung-ryong sebagai bapa yg terencat sgt2 terpuji,namun credit sebenar harus diberikan kepada anak keciknya lakonan Kal So-won.Walaupun So-won baru berumur 7 thn , namun dia memainkan watak yg diberikan dgn cukup berkesan,mungkin cemerlang ialah perkataan yg lebih sesuai.

Kal So-won dlm salah 1 scene dlm filem ni..
scene ni pasti membuatkan air mata korang turun cm air huja.

Sejujurnya dah lama aku xnangis tgk movie ( sbb hati aku keras ) ,tp filem ni membuatkan aku menititis 2-3 titik jugak la,kalau yg mmg jenis senstitif tgk aku xtau la cmne,banjir kot..haha...ok,rating seriously aku bg 9.5/10 utk filem ni...ikutkan hati nak bg 10/10 je,tp tiada yang sempurna kan? Yang aku leh katakan filem ni xsama ngan filem korea lain yg mmbuatkan korang mengantuk! Filem ni pasti mmbuatkan korang xmahu terlepas even 1 minit pon...selamat menonton!


- Thanks to Aefa Aerisya sebab recommend cerita yg sgt best ni! -






Share:

12 comments:

  1. betul..cite ni best sgt..mun menangis dari awal smpai habes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..dah agak kalau pmpuan tgk msti nangis punyaa..hehe

      Delete
  2. yg recommend cite pon xtgk lagi ni.. hhuhu.. aduh kalo cite sedih2 ni terpaksa sedia tisu byk2.. terlebih sensitif~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..2 la..mmg sedih cter dia..must watch movie..

      Delete
  3. nanard pon siap nangis2x tgk movie ni . sedih sgt ..

    ReplyDelete
  4. waaaa...lame dah tak layan movie korea..thanks 4 d review..best!

    ReplyDelete
  5. kalo mcm ni memang wajib tengok lah movie ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib tgk ... tgk kt sini http://online.biaqbetoi.com/miracle-in-cell-no-7-2013-hd-720p-full-movie-online/

      Delete
  6. best ke cerita nie? memang tengah nak cari stok terbaru. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cter ni excellent tau..bkn nk overrated tp cter ni mmg besg sgt2.. tgk kt sini http://online.biaqbetoi.com/miracle-in-cell-no-7-2013-hd-720p-full-movie-online/

      Delete