" A year from now you may wish you had started today "

08 November 2013

Rileks...Kisah2 Pendek

Madu & Racun




Di suatu malam, seorang lelaki yang sedang nazak dan bakal menemui ajal membuat pengakuan kepada isterinya yang setia menemaninya di tepi katil hospital.

Suami : Sayang, maafkan abang. Sebenarnya kawan baikmu Shasha, dia adalah madumu. Abang telah menikahinya.
Isteri    : Tak apa abang, ayang sudah tau.
Suami : Abang juga telah bernikah dengan kawan pejabat ayang, Ita.
Istri    : Itupun ayang sudah tahu
Suami : Terakhir abang juga nikah dengan Siti. Kawan ofis abang.
Isteri     : Sudahlah abang.. Semuanya ayang sudah tahu. Sekarang abang tenang saja, biarkan "Racun" yang abang minum tadi bekerja.


Mamak Oh Mamak!




Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba- tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari. Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Ali: ?????????????


Dapur Paling Bersih




Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."


Share:

5 comments: