" A year from now you may wish you had started today "

21 November 2015

Mereka Minta Kita Bagi

Pernah x time korang tgh sedap2 makan kt kedai makan,tiba2 dtg sorang mak cik or pak cik minta sedekah.Katanya diorg lapar.Pernah x time korang sedap2 tgk tv kt rumah dtg sape2 ketuk pintu minta bantuan demi anak dia yg sakit or sbb rumah terbakar dan sebagainya.Kalau xpernah mungkin korang ni jenis pelupa or taraf yg miskin jgk.Kalau ada semestinya korang yg taraf agak berkemampuan even xkaya.

Mmg aku ni bukan kaya pun,tp dlm poket ada la kalau nk bg seringgit dua.N dlm ramai2 yg peminta rezeki pernah 3 kali aku tolak yg aku akan ingat sampai bila2 ( byk kali je aku xbg,tp yg 3 ni aku slalu teringat n meninggalkan kesan yg mendalam ),



Kisah 1 ;

Masih baru kejadian ni dlm sthn lebih lalu.Ptg2 duk kt luar rumah main ngn anak saudara.Dtg seorang pak cik naik motor buruk masuk halaman rumah aku.Dia menghampiri aku cakap " Dik,nak beli ubat angin x.Pak cik jual Rm10 sebotol".

Aku tgk minyak angin yg dia bagi.Aku cakap dgn baik " Xpe la pak cik,terima kasih je la ea "

Dia balas lembut kt aku." Ye la adik,xpe kalau camtu." Dia senyum kt aku.Hidupkan engin motor dia dan berlalu cmtu je.

Aku masuk dlm rumah mama aku tanya siapa dtg so aku citer la.Mama aku tegur " Ki,kalau xnak beli minyak angin 2 pun at least bg la sedekah sikit kt dia "

Aku xtau nape aku jd menyesal n sedih gila time 2.Mgkin sbb aku yg rugi sgt2,dia dtg nak bg rezeki kt aku tp aku tolak.Lagi pula wajah pak cik 2 suka aku tgk dia,akhlak dia.Xde lansung perasaan kecewa kt wajah dia bila aku tolak ckp xnk beli ubat dia.

Kisah 2 ;

Aku baru keluar drpd bank CIMB Kota Bharu.Kt kaki lima ada sorg mak cik jual kerepek pisang,kuih sarang tebuan,kelepek dan sbgnya.Mak cik ni jual ngan jaja kt kaki lima cm2 ngn xde meja pn,juz jaja ke sana ke mariAku kesian so aku nak ler beli.

" Mok cik berapo hargo sebungkus ni" ( mak cik berapa aku sebungkus ni )

Mak cik jwb " 4 ya jah awe.Kalu awe amik 3 bungkus mok cik wi 11 ya jah ".( Rm4 sebungkus,kalau beli 3 bungkus juz rm11 ).

Aku tnya " Mok cik,kalu kure rm10 3 bungkus xleh ko " 

lebih kurang cmni la mak cik yg aku msdkan dia berniaga kt kaki lima
n dr satu tempat ke tempat yg lain
Mak cik ckp " Maaf awe,xleh la,mok cik pun duk jinjit hok ore jah ni " ( means xleh sbb bukan dia yg buat sendiri,juz tlg jual je )

So aku beli la 3 bungkus.Dlm keta aku tgk mak cik ni jinjit bungkusan2 kerepek ni ats kepala dia.Lintas jalan sorang2.Dlm hati bodohnya aku siap tawar lg,dh la dia juz tlg jual je.Pe salahnya aku bg lebih skit wt dia belanja.

Kisah 3 ;

Ni kisah dl lamo benor ni.Time aku umo 12 thn kot.Time 2 dlm jln jem kt bandar Kota Bharu.Abg aku driver kt tepi.Tiba2 sorg mak cik ketuk tingkap kereta belah aku.Abg aku buka tingkap ( kn ada butang semua tingkap kt belah driver ).

Mak cik bila tingkap bukak je dia ckp minta bantuan sikit.Nak buat mkn.

Aku tgk kt abg aku,abg aku ckp " Terima kasih jah mok cik deh " ( dia student time 2 mgkin duit xbyk kot )

Mak cik ni tgk aku,pegang bahu aku ( Ya mmg dia msukkan tgn dia dlm keta melalui tingkap )."Mak cik doakan adik jadi lawyer..jadi doktor...mak cik doakan adik jd lawyer ..jadi doktor deh..."

Aku xtau nape dia ckp cm2.Tapi dia duk ulang2 ayat yg sama.

Sampai la kereta dh nk gerak.


--------------------------------------------------------------------

Kita kena ingt,kalau kita xbg kita yg rugi sebenarnya.Kita bg 1 kt dia,Allah bg 10 balik kt kita.Atau Allah blh bg 100,700 pun.

Bentuk balasan Allah bukan smstinya berbentuk wang ringgit,tp kesihatan,kebahagiaan,korang lulus exam,ibu bapa korg sihat,dpt anak soleh,dpt anak sihat,dan smua la.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah [166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."Baqarah ayat 261


Share:

17 November 2015

Ini Semua Salah Hantu!

Benua eropah dulunya pernah diserang 'syaitan' yg mengakibatkan 150 juta nyawa terkorban.Peristiwa ni dikenali sbg Black Death dan berlaku pada 1346-1353.Bukan main2 benda ni tau,hampir 40% atau lebih populasi di eropah mati disebabkan serangan 'syaitan' ni.Ini dikira masih baru,cerita lama 4000 B.C dulu telah ada manusia yg diserang 'hantu' dan kuncu2nya.Mangsa menjadi hodoh dan lumpuh.

Leprosy
Cerita di atas ialah slm microscope ditemui,yg sbrnya serangan 'syaitan' yg aku mksdkan ialah penyakit disebabkan bakteria.Yg pertama sekali ialah pnyakit bubonic plaque ( coz organism yersinia pestis ) dan kedua ialah leprosy ( a.k.a. Kusta )

gambaran peristiwa Black Death
Mmg dah adat manusia,apabila mrk tidak ketahui punca sbnr mulalah menunding jari kpd pihak lain.Dalam kes ni syaitan dan hantu menjadi mangsa.Mentang2lah hantu xdpt nak balas balik pe yg mrk ckp.

Sama juga dgn epilepsy ( seizure ) mudah2 ckp sawan babi,dulu kala masyarakat percaya pesakit dirasuk hantu ketika mangsa kejang.Pernah tgk cerita The Exorcism of Emily Rose? Si Emily ni mendakwa yg dia selalu trdengar bisikan syaitan,mimpi buruk,dan sering meracau.Ada kalanya suaranya bertukar garau.Akhirnya dia mati dan paderi gereja mendakwa dia mati dibunuh syaitan!

Sebenarnya Emily ni pesakit mental.Dia mngalami major depressive disorder dan juga psychosis kritikal.Suara dan rupa syaitan yg dia dgr & nampak ialah halusinasi,dia meracau disebabkan epilepsy.Manakala suara dia brtukar dan ckp merapu disebabkan dissociative identity disorder.Dia mati pula disebabkan brhenti amik ubat sakit mental yg dibekalkan doktor.

Org melayu kita pun xterlepas menyalahkan hantu.Mungkin lbh kerap berbanding bangsa lain.Kalau yg laki lemah2 badan , kepala asyik pening dikatakan trkena sampuk hantu.Padahal malas or rupanya ada kencing manis atau darah tinggi.Yang perempuan kalau andartu dikatakan trkena buatan org kasi xnampak anak gadis dia.Sbnrnya mungkin anak dia xpandai berhias or xde akhlak mana ada org nk msk meminang!

Ada juga cerita Pak Kaduk dan ikan tapah yg terkenal di Perak.Dikatakan Pak Kaduk trjumpa ikan tapah dan membelah perut ikn trsebut yg mengandungi emas.Lalu Pak Kaduk bersumpah yg dia dan keturunannya xkan makan ikan tapah,kalau dia langgar maka akan trjadi gatal2.

Dikatakan mmg benar keturunan Pak Kaduk akn mengalami ruam merah di badan dan gatal2 jika mkn ikan tapah.Bagi aku benda ni ada penjelasan medikal,Mungkin sekali ia berkaitan dgn alahan a.k.a allergic.Tapi xkan satu keturunan kot? Ya,ini pun ada penjelasan medikal,Penyakit genetik boleh diwarisi ( mcm saka la pula ).In short ada 4 jenis penyakit genetik,autosomal recessive,autosomal dominant,X-linked recessive,X-linked dominant.Kalau korang rajin search la sendiri ekk!

inilah 'saka' keturunan yg sy maksdkan ( Autosomal Dominant )
Walaupun aku medical student dan aku percaya pada logik dan sains.Namun aku juga seorang muslim yg berbangsa melayu.Hantu dan syaitan mmg wujud,dan nabi sendiri pernah terkena sihir buatan yahudi hinggalah surah al-falaq diturunkan.Dan adat resam org melayu haruslah kita hormati.Akan tetapi jgnlah sampai kita trlalu taksub hingga menyebabkan kita muncur dan konservatif!








p/s ; sama je perangai ngn puak2 yg asyik salahkan kerajaan dlm kebanyakan hal.Diri sendiri yg xnak improvise duk salahkan org lain.


Share:

16 November 2015

Hantu Melayu di Mesir

Entry kali ni bukan nk membuka aib sesiapa,cuma nak dijadikan ikhtibar buat semua ( ayat cliche habis cam mastika kan ).Korang boleh pilih untuk percaya or x , terpulang..Kebanyakan maklumat aku ambil drpd mulut ke mulut,bukan seorang dua tp ramai dan ceritanya konsisten.



  Tup tup dah 5 tahun aku kt bumi Mesir ni.Betul cakap org bumi ni bumi anbiya bumi Nabi Musa,namun harus diingat bumi ni juga di mana firaun dan karun berasal.Bukan nk dikaitkan ngn mrk,tp mudah ckp kt mana2 pun akn ada malaikat & syaitan,black & white,light vs darkness..

Cuma yg tak disangka2 prbuatan 'guna-guna', pedajal org, 'santau' org dilakukan oleh pelajar melayu sama melayu kt Mesir ni! YA! Dah la sama2 islam,sama2 pelajar,komuniti kecik kt tempat org pun masih ada hasad dengki sampai guna sihir kenakan member.Betapa bodoh dan dangkal pemikiran org kita.Membebel byk xguna ni antara kisah2 ;

Kisah 1 ; 

Si gadis ni senior aku kt sini.Agak cun dan ramai yg berkenan.Tup tup dia bertunang ngn student kt sini juga.Nak dijadikan cerita ada yg frust dan xleh trima kenyataan ( mungkin cinta ditolak ) so dia cuba santau si gadis tersebut.

Niat nk kenakan si gadis 2,tp member si gadis lak terkena.Org kata sbb si gadis ni kuat beramal so 'santau' terbabit kena kt housemate dia.Mangsa dikatakan jd xde selera makan,xleh study dan sakit2.

Kisah 2 ;

Ni juga psl cinta juga.Ustazah ni tolak cinta mamat ni.Tak psl2 dihantar sihir sampai jadi kurang siuman.Sampai xdpt meneruskan pelajaran so dihantar pulang kt Malaysia.Kt kg pun masih xsembuh.Katanya bila waktu senja dia akan duk atas bumbung rumah dlm keadaan mencangkung sambil meraung dan menangis.

Kisah 3 ;

Kisah ni luar konteks sikit.Ada student baru sampai Mesir so tgh fresh2 ni g la melawat piramid kt Giza.Bila waktu nk pulang semua diarahkan utk berkumpul kt dlm bas,tgk2 si mamat ni sorang xde.Cari punya cari berjam2 baru jumpa.

Soal punya soal dia cakap dia ambil pisau kecik ( dagger ) yg terjumpa ats pasir.Cari jalan keluar xjumpa dan pusing tempt sama.








p/s ; Korang jgn lak takut dtg Mesir ea...Cerita ni mungkin betul or x...Lagipun kalau hati2 insyaAllah xde pape la...





Share:

15 November 2015

Skim Cepat Kaya

Ini cerita lama punya,tapi still nak post memandangkan aku xtau topik pe yg aku nak tulis .Maklumlah dah lama xbuat post baru.Bukan xnk , tp exam baru je habis.Tempoh exam punya lama 2 bulan mak oii..Tak xtermasuk prepare sebulan lebih sebelum tu.Penat benor,stress xpayah habaq la,tp itu la mental kena kuat kan.Kalau x camne nk keje nati.

Ok la berbalik kpd topik asal,ni cerita tahun lepas punya time aku balik kampung.Member aku Syamsul ajak lepak,cm biasa kt kedai roti tempayan.Sambil2 duk tunggu makanan,dia tanya aku xnak join bisnes emas ke.Aku kalau psl bisnes ni minat la jgk.

Aku ; Emas? Cuba ko cerita sikit.
Syamsul ; Ni bisnes baik punya.Kalau kau beli 100 gm emas bar,nt ko dpt 100 gm emas plus dpt duit bulanan lg.

Aku ; Eh camne 2,xpaham la aku.
Syamsul ; Camni,harga bar 100gm rm13000 utk ko beli emas,Semestinya ko akn dpt bar emas trsebut.Pada masa yg sama setiap bulan ko dpt duit rm2500.

Aku ; ( muka terkejut ) eh ya ke? Mudahnya camtu.Tapi duit bulanan rm2500 berapa bulan kita dpt? Lagi 1 emas kita cmne nk jual?
Syamsul ; Errr..aku xtau lak berapa bulan dpt.Aku dgr ni drpd Amir je dia yg cerita kt aku psl benda ni.Kalau dh nama emas mesti la kita dpt jual nt.Alaaa..ko ni join je la bila lg nk jd kaya.

Aku tau si Amir member kitaorg tuh bkn tokey jgk,join atas member jgk.So dia ajak Syamsul join sama.Syamsul lak ajak aku sbb katanya nak kongsi duit half-half utk beli bar 100 gm.

Malam berikutnya Amir join ikut sama.So kitaorg bertiga.Modal sama Amir pakai ko dapat emas bernilai rm13000 lagi dpt bulanan rm2500.Masa yg sama juga aku tanya soalan yg sama,berapa bulan dpt duit rm2500? Camne nk jual emas? Tapi jawapan aku terima xjelas,xmenjawab soalan.Lagipun mudah sgt nk jadi kaya,org keje degree kt kelantan ni punya susah nk dpt gaji rm2500 waa cakap lu...

Nak dipendekkan cerita aku tolak scara baik join benda ni.Syamsul join ngn member dia yg lain.Dan dgr kata juga dia terima duit bulanan selama dua bulan je.Pastu emas xdapat jual.Yang aku tau emas bar 2 xleh ko nk main jual kt kedai emas cmtu jgk,mudah ckp kena jual ngn org yg sama ( kena cr mangsa baru )...Haa...nampak x...

Bro,mana ada cara cepat nak kaya.Kalau cepat samada ko menipu or ko rompak bank.Lain cara xde melainkan kita kena kerja kuat.Mmg mentaliti org Melayu kita nk cpt kaya n senang,sampai mengetepikan logik or x cara 2.Aku bukan la pandai sgt,tp cm mama n abg aku ckp, kalau nak kaya n senang kena la mula dr bawah.Ok sekian.



Share:

10 July 2015

Apa Erti Kebahagian Pada Anda?

Sebulan lepas aku tgk movie Hector and the Search for Happiness.Cerita ni xde la bajet tinggi,xde famous sgt,tp plot dia sgt2 menarik.




Ia mengisahkan seorang psikiatris ( Doktor Sakit Jiwa ) yg merasakan dia sndiri x tahu pe erti kegembiraan n kebahagian even dia cuba utk merawat org yg sedih & murung.

So dia ambil kputusan utk prgi travel ke seluruh benua dgn harapan brtemu erti sebenar kebahagian.Gitewww..So dlm pengembaraan dia brtemu ramai org dan definisi kebahagian pd individu & situasi masing2.Setiap kali dia akn menulis senarai kebahagiaan itu.

1) Making comparisons can spoil ur happiness.




- Kita selalu mmbandingkan apa yg kita dpt ngn pe org len dpt.
- Dan org yg kita bandingkan 2 ialah org yg dpt lebih drpd kita,nape kita xbandingkan ngn org yg dpt kurang dr kita biar ada rasa bersyukur.
- Selalu jgk kita bandingkan antara org len,contoh kekasih kita yg skang dan yg lama.

2) A lot of people think , happiness means being richer or more important.




- Mmg ni la tanggapan umum kan,mrk rasa dgn ada gaji 10-20 k sebulan baru la hidup akn hepi.Ya mmg duit penting,tp kena ingt duit ni mcm minum air laut,mkin diminum makin haus.
- Psl jd famous xperlu ckp la,berlumba2 nk jd artis skang.

3) Many people only see happiness in their future.

- Sekolah menengah kita anggap kt Uni. kehidupan kita akn lg ok.Tgk2 kt uni. byk esaimen n xsabar2 nk grad n keje.Bila dah grad ssh dpt keje n anggap bila dpt keje khidupan akn ok.Bila mula keje rsa nt dpt jadi bos baru better kot...camtu la seterusnyaa...hidup utk esk sampai bila2 xkan hepi..

4) Happiness could be the freedom to love more than 1 woman at the same time.




- Erkk ni susah sikit...no komen.

5) Sometimes,happiness is not knowing the whole story.




- Betul la,kita xprlu tahu semua perkara psl sesuatu or seseorang, sbb aib dan lebih dia akn mmbuatkan kita judge org 2.


Share:

23 June 2015

Tetamu Tak Diundang

Tarikh ; Lupa exactly bila tp dlm 3 minggu lepas la.
Tempat ; Rumah sewa aku kat Mesir.
Masa ; Dalam kul 2 pagi.



Cerita ni bermula....

Aku ngah study time 2,ngan ditemani kopi berasap.Esk group aku ada exam Paediatrics utk round chest.Alaa Paed ni wad utk budak2 sakit,round chest ni membabitkan sakit asthma ke,batuk berdarah ke,budak 2 ada jangkitan paru2 etc.

Tiba2 pintu rumah aku diketuk bertalu2,kuat plak 2..'DANG!!DANG!!DANG!!' ..aku buat xtau sbb msti housemate aku si Kuwe yg balik saja nk ngusik la 2.,Selang 2 minit ketuk lg..Aku pon bergegas g buka pintu,tgk2 mmg Kuwe yg balik...

Aku ; Lorr..ko ni pehal? Lupa bawa kunci sekali ke tadi?
Kuwe ; ( Xjawab pape..tp angguk je )
Aku ; Ehh nape muka ko pucat doh? Sejuk ke kt luar?
Kuwe ; ( Masih xjwb pape,berjalan ke blik dia )

Aku ; Jap.Jap.Ni KFC yang ko nak aku belikan td.( Aku order KFC ptg td dia pesan nk jgk sblm keluar rumah ).
Kuwe ; ( Tak cakap pape,ambil kotak KFC dan tutup pintu dgn kuat 'GEDEGANG!!!" )

Eiii siot punya member..dah la xucap terima kasih pastu ttba jadi bisu lak..lg teruk dia hempas pintu right on my face..Siot tol ko eee...Bajet cool masuk bilik sambung study...

30 minit lepas 2 ada org whatssap aku...

' Tiqi aku xbalik malam ni..Tido rumah Poje..Keje belum abis laa..KFC aku ko taruk dlm peti k ' dan org yg Whatsapp aku ni xlen xbukan ialah...KUWE..

Tangan aku terketar2,mujur xtrjatuh hp aku..Aku rilekskan ni dlm 2 minit.Then aku g bilik Kuwe,gelap,sunyi...Aku buka lampu tgk kotak KFC ada atas meja dia..Aku ambil letak dlm peti...

- THE END -

Betul la ckp org makhluk halus ni blh berupa sape2 je kan,sebab 2 nanti kita nak mati akan ada syaitan berupa mak dan ayah kita,sahabat kita,guru2 kita yg menyeru kita utk keluar dr Islam..walyazubillah.

Sepatutnya aku dah mula suspect bila ;
1) 'Dia' ketuk pintu ngan kuat tp salam xde bg( mmg jenis makhluk xde adab ).
2) Rumah sewa kami tingkat 3.Kalau betul terlupa bawa kunci cmne dia leh buka pintu bawah yang 24-jam kunci.
Share:

20 June 2015

Berita Baik Dari Kampung

(sekadar gambar hiasan)
Tengah sedap2 mkn meggi semalam ttba 'trutt trutt' bunyi hp aku,ada org hantar whatsapp.Tertera nama Mail. 

Mail ; Salam Tiki.Sht ke bro?Slmt berpuasa.
Aku ; Wslm,slmt berpuasa jgk Mail.

Mail ni member sekampung aku,sekolah menengah sama2.Sebenarnya malas nk lyn sgt budak Mail ni,dah tau dia rindu aku sbb kt kampung aku ngn dia mmg 1 kepala.Kalau aku xde kt kampung ssh sikit la aktiviti dia.Tak pun mesti ada gossip baru ni.

Mail ; Aku ada berita baik punya utk ko.Ko jangan terkejut lak aku bagitau ni.
Aku ; Lorr..pe benda la ko ni.Apa la aku nk terkejut.Bagitau je la.

Aku dah agak dah mesti ada pape nk disampaikan ni.

Mail ; Ni haa aku bagi gambar.
Aku ; ( tunggu gambar download ).
Mail. ; Haaa..amikkkk...Janda ko si Murni ni dah bertunang..Ko jgn sedih lak...hohoho ( sekali ngn smiley nangis )

Mmg betul gambar si Murni awek lama aku ngn seorang lelaki kt sebelah dia.Siap pegang bunga wat ckp lu,n baju sedondon serba putih.Atas lantai ada mcm2 hantaran.Gulp,aku telan liur.

Aku ; Ok la dah jodoh dia kan..
Mail ; Itu la ko,lambat sgt..Dl sape suruh tinggalkan dia.
Aku ; Ko tau jgk nape kan..Aku doakan yg terbaik la utk dia.( ayat cliche habis ).
Mai; Pape pun ko jgn la sedih lak ea...Dengar kata tunang dia 2 pn cikgu cam dia..
Aku ; Ooo..


Patut la 2-3 minggu ni jarang betul si Murni ni whasapp aku,ada udang di sebalik mee meggi.

Mail ; Lagi 1 ni..Aku pun insyaallah kahwin Ogos ni.
Aku ; Erkk..Biar betul ( sekali lg terkesima ).
Mail ; Ye la..Aku ngn Fatehah dah 2 thn sekali.

Ni tamparan yg kedua,tamparan yg lg dasyat.11 tahun ngn Mail tup tup dia nk kawin.Aku maintain cool je.

Aku ; Congrats la bro.Tapi aku ckp awal2 aku xdpt hadir nnti.Bulan 11 aku baru balik,
Mail ; Xpe no hal la bro.


p/s ; Yang kt sini jual mahal,yg kt Malaysia byk dolak dalik.Damn.

Share:

18 June 2015

Bulan Puasa Masih Ada Hantu


Mmg benar ada hadis nabi menyebut dalam bulan puasa syaitan dan jin kafir dibelenggu.Namun berlaku perselisihan pandangan dlm kalangan ulamak dalam menghuraikan maksud hadis itu.Ada yg ckp betul2 ditambat.Ada juga yg kata itu hanya simbolik kpd lemahnya pengaruh syaitan kpd manusia,sbb manusia yg berpuasa lebih kuat iman dan taqwanya,gituuu..

Tp 'hantu'2 kt bawah di aku kompem sgt famous di bulan puasa ;


1) Penunggu Port
Hantu ini akan berada di port-port yang telah diiktiraf JAKIM sebagai kawasan selamat dari diserbu pihak penguatkuasa. Selalunya makhluk halus ni tidak menunggu berseorangan. Mereka selalunya ada geng mereka yang dinamakan Geng Neraka Jahanooom!



2) Anak Toyol

Makhluk Toyol ini adalah budak suruhan bawah umur si Penunggu. Penunggu akan mengarahkan Toyol untuk membeli hidangan mereka di mana Toyol ini akan membawa hidangan itu ke markas si Penunggu. Si Penunggu akan membayar pengeras berupa upah kepada si Toyol di atas perkhidmatan yang dia telah berikan.

3) Hantu mem-Bungkus
Ni adik beradik dengan Hantu Pocong dan Hantu Bungkus. Hantu mem-Bungkus selalunya akan pergi ke restoran-restoran mamak, 7E, KFC, McD dan yang sewaktu dengannya lalu dengan selambanya menapau bahan makanan untuk dibawa pulang walhal pada waktu itu baru pukul 10 pagi. Kejadah apakah?

4) Zombie Ramadhan
Ni kira memang mayat hidup laa ni. Time bulan puasa je mula laa datang penyakit gastrik, kentut berdarah, pitam dan macam-macam lagi. Lepas tu datang jumpa doktor minta MC dengan pakej ubat-ubatan yang kena makan time tu juga.

5) Hantu Cikedis
Hantu ini adalah peminat setia makanan-makanan ringan seperti Super Ring, TamTam, Twisties dan sebagainya. Dia akan membeli makanan itu pada waktu malam lalu menyorokkan bahan makanan itu di dalam meja, almari dan sebagainya. Sekiranya ada kesempatan di waktu siang, dia akan menggunakan bahan itu tanpa was-was.

6) Hantu Tarakguna

Ni sepupu sepapat dengan Hantu Dracula. Hantu ini akan membuta selama 12 jam sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Dia akan kembali cergas seperti sedia kala setelah azan Maghrib berkumandang menandakan masuk waktu untuk berbuka puasa.

7) Pontengnak
Sedara kepada hantu Pontianak. Ni jenis makhluk yang paling winrar sekali. Memang terpuaka antara berpuaka diantara semua golongan hantu yang ada di atas. Ini kerana memang susah nak detect hantu jenis ini. Hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Hantu ini dari spesis wanita. Yelah, kaum hawakan Allah s.w.t sayang lebih so ada anugerah cuti. Tapi kalau dah 30 hari cuti terus tanpa henti apa kejadahnya?

8) Hantu Sundal Bolong

Memang sundal betul hantu ni. Ni pun hantu spesis wanita juga. Hantu ini sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan orang lelaki yang berpuasa boleh susut pahala puasanya. Dorang ni berpuasa tapi berpakaian tak cukup lengkap dan sempurna. Tutup bawah atas terbuka, tutup atas bawah pula terbuka. Hantu ini paling liat untuk dihapuskan kerana kalau dah bulan puasa pun dia menyundal, lepas bulan puasa lagilah dia menyundal. Ish ish.
Share:

17 June 2015

Batal Puasa Ke Tidak?

Pejam celik,pejam celik dah masuk ramadan lagi kita.Alhamdulillah,syukur kpd Allah sbb kita masih sempat merasai bulan berkat ni lg.Dan bermula la lagu Harapan Ramadan,dan yg jenis 'kalut' dah siap pasang lagu raya,pehal?



 Kat Mesir ni pun 1 ramadan jatuh hari Khamis jgk,sama cm Malaysia.Nak xnak esk kena niat puasa dah esk.Ada yg kata baik kita niat puasa sebulan terus,dan ada yg kata kena niat tiap2 malam.Benda ni khilaf je,lagipun org kita Melayu trsalah tafsir antara niat dan lafaz.

 Bg mrk kena sebut di mulut utk puasa esk barulah di sebut niat.Itu salah.Niat ialah lintasan hati yg korang akn puasa esk.Korang solat terawih mlm ni msti la teringat esk puasa,or nanti sahur msti la sbb utk puasa kan,Itu la niat.Niat x sah apabila korang mabuk dan xsedarkan diri,or koma,etc.




 Bab batal puasa pun 1 hal.Time kecik2 dl org tua marah kalau aku korek telinga or korek hidung,sbb katanya batal.Xde batal la.Mungkin paling keras ialah makruh.Sama juga dengan mandi dan gosok gigi,Xde batal la.

Hadis nabi 'Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak misk'.Ini la dalil org brpuasa xnk gosok gigi.Lorr...itu bau di sisi Allah,di sisi manusia ttp busuk,nape xnk gosok gigi? Nak islam dipandang lekeh dan pengotor oleh org bukan islam? Tiada pengharaman utk bersugi ketika berpuasa,malah itu dituntut pun utk menjaga kebersihan.

Rasanya perkara yg membatalkan puasa jelas bg kita.Cuma kena ingat pada hadis nabi 'Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga'.Nape hanya dpt lapar dan haus je? Sebab mulut xjaga,duk mengumpat sana sini,mncarut,fitnah,menipu,ta'jub,tgk benda bukan2,bersangka buruk kt org len etc.In short kena puasa dr buat benda maksiat yg len jgk baru la dpt totally faedah puasa.Sekian.




p/s ; Agak pelik dgn pandangan serong masyarakat kpd org yg tidak solat terawih.Lorr..benda 2 sunat,xlayak kita nk merendahkan mrk..Mmg la rugi sbb setahun sebulan je ,tp sunat ttp sunat dan itu pilhan kpd individu..For the record,solat fardu 5 waktu secara berjemaah lg besar fadhilat dia drpd solat terawih 20 rakaat tahu.




Share:

15 May 2015

Pelarian Minoriti Rohingya


1. Sehari dua ini kita dikhabarkan dengan berita pelarian minoriti Rohingya yg cuba mendarat di pantai Malaysia.


2. Minoriti Rohingya ialah etnik muslim di Burma ( Myanmar ).





3. Mrk dinafikan hak sbg warganegara di sana dan sudah lama ditindas.



4. Bot2 ini cuba untuk mendarat di negara2 jiran yg lain seperti Indonesia dan Thailand bagi mencari perlindungan dan makanan.

5. Diberitakan lebih 8000 minoriti Rohingya sedang terkandas di laut termasuk kanak-kanak dan wanita.


6. Thailand,Indonesia dan Malaysia tidak membenarkan bot2 ini mendarat krn status mrk pendatang tanpa izin.


7. Walaubagaimanapun,Malaysia masih memberikan mereka makanan dan ubatan sebelum menunda mrk ke laut semula.


8. Secara peribadi aku pun tidak tahu akn cara yg betul bg membantu mrk.


9. Memang mudah jika berkata utk benarkan mereka di Malaysia sementara waktu dengan tujuan memberi perlindungan.Akan tetapi persoalan yg perlu ditimbulkan sampai bila? 


10. Krisis di Burma sudah bermula tahun 1938 lg dan tiada tanda-tanda utk selesai buat masa terdekat ini.


11. Jika kita benarkan mereka tinggal di Malaysia,kemungkinan sekali mrk tidak mahu pulang ke negara asal mrk,dan ini menyebabkan lebih ramai pelarian yg akn dtg ke Malaysia.


12. Setakat ini Malaysia sudah pun dibanjiri rakyat asing seramai 4-6 juta.Andai di tambah dengan pendatang etnik ini ( dan yg lain ),adakah kita mampu menampung dr segi ekonomi,pekerjaan,sosial,jenayah dan sbgnya.

13. Bukan bersifat pentingkan diri atau asabiyyah,akn tetapi kepentingan dan kemaslahatan rakyat Malaysia harus diutamakan dulu.

14.Doakan minoriti Rohingya,mereka saudara seagama kita.




Share:

10 May 2015

Hukum Sambut Hari Ibu Haram?

Dua hari lepas adik aku Shila tanya 10 Mei Hari Ibu ke x.Aku xpasti so aku search kt google,ternyata mmg kt Malaysia kita sambut Hari Ibu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei.So aku amik kesempatan utk wish slmt hr ibu kt mama aku smlm,siap ngn hntr gmbr n ucapan skali.



 Tapi duk sosek2 camni ada yg masih menimbulkan ttg hukum menyambut hari ibu.Ada yg kata haram dgn alasan ianya berasal drpd adat pemujaan Yunani Purba yg memuja Cybele ( ibu dewa dewi yg agung ).

Nak tanya balik,dlm ramai2 kita yg sambut Hari Ibu semalam berapa ramai yg tahu akn sejarah ni?Ada sape2 yg memuja Cybele? Ada kita buat upacara pemujaan yg sama cm org kristian ? 

Jawabnya tak..aku pun baru je tahu sejarah hari ibu ni.Lagi pula kita xde buat upacara yg haram,xde pemujaan dewa-dewi etc.Tidak lain kita cuma mengambil kesempatan utk 'wish' kt ibu kita ,belanja mrk makan,ataupun belikan mereka hadiah.Jadi di mana haramnya andai tujuan kita utk mengembirakan hati ibu kita dan mengingati jasa mrk.

Aku cukup hairan dgn pemikiran segelintit org yg asyik mencari salah dan silap.Mrk menilai sesuatu benda dgn 'negativism glasses'.Kalau ada 999 kebaikan dan 1 keburukan,org ini akn nampak 1 keburukan.Jumud dan konservatif.Bersihkan kacamata mu yg berdebu,InsyaAllah kebaikan yg kalian akn pandang pd ssuatu benda.

Selamat HAri Ibu mama..Thanks for everthing..

Share:

25 March 2015

Suka Cari Salah Orang



Sudah rmai aku jumpa spesis org cmni,Kalau nk dikategorikan mrk mungkin dlm golongan 'uncategorized' , atau 'miscellaneous'.Selalunya dia akn dtg dgn pakej 'suka cr salah + suka bersangka buruk '. Org 2 pakai make up tebal dia bising,org pkai selekeh dia bising,org dpt marks tinggi dia kata meniru dpt marks rendah kata xpandai.Pehal?

Ada juga jenis 'ustaz pilihan' yg suka tanya ibadat org?,' eh enta puasa sunat x hari ni' , ' ko solat subuh x td ? ', ehhh...benda fardu ain dh tau wajib kita sangka baik je la msti la dia tunaikan , andai kata dia xsolat subuh hr trsebut mungkin dia trlwt bgn..adapun hal sunat xpyh tanya benda 2 pilihan,jgn la duk buat muka busuk..jgn berselindung d balik soklan yg nampak 'alim2 kucing' sedangkan aib org kita jgn dibuka...



Org ni jd cmni sbb nak tutup kelemahan diri dia sendiri.Umpama terkentut di dalam lif dia cpt2 tutup hidung dan tgk org sekeliling ngn pandangan curiga.

“Some people find fault like there is a reward for it”.Btul sgt kata Zig Ziglar.Apa yg kita dpt ngn cr buruk org,alangkah baik kalau kita cr buruk n lemah kita.'dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang' (Al-Hujuraat 49:12)..



Share:

23 March 2015

Jerawat?

Lama betul xupdate blog,bz ya amat tahun ni.Exam seminggu sekali ada sampai 2 kali seminggu ( ke aku yg xpandai bhagikan masa ? ).
Even minggu ni ada lg exam yg menunggu,ahh aku dh tekad nk wt entry jgk mlm ni.Bukan apa,skang ni aku dlm Department Dermatology..alaaa..yg belajar pasal penyakit kulit,kudis,kurap dan sama waktu dengannya.Jadi aku nak kongsi sikit psl masalah kulit yang utama iaitu JERAWAT.

Pertama skali dlm istilah perubatan dipanggil Acne Vulgaris.Ia muncul sbb kt muka kita ada lubang kecik2 yg secrete oil or dipanggil sebaceous gland.Korang perasan x time kita puberty jerawat akn tumbuh byk2,ni brlaku sbb time 2 badan kita release byk androgen yg mn akan stimulate oil gland relesease byk2 minyak.Haaa..camtuu..

  

Korang tgk kt gmbr di ats,simply bila excess oil akn pnyebabkan ada bendasing menutupi liang,jd gland 2 akn obstruct sbb 2 ada jerawat yg kecik,ada yg besar n ada yg juz black head.


Gmbr ats lak stage2 acne ni.slalunya stage 3-4 akn peninggalkan scar,yg 2 kita xnk..Aku xtau produk kt pasaran cm Oxy,Clean n Clear,St Ives bla bla betol2 brkesan ke x ( or cuma produk yg penuh bahan kimia dgn janji manis kosong )..

Tapi medically,xde ubat yg boleh hilangkan jerawat dlm sekalip mata,Slalunya akn amik masa 3-6 bulan bergantung kpd stage dan lain2.

Medically ni rawatan yg disarankan oleh dermatologists ;

Topical ;

- Antibiotics ( eg erythromycin )
- Vit. A ( utk pertumbuhan kulit yg sihat )
- Benzoyl Peroxide ( anti-bacterial )
- Azelaic Acid ( anti bacterial & kurangkan blackhead )



Systemic ;



- Isoretinoin ( anti-radang,kurangkan secretion of oil )
- Dapsone ( anti-radang )
- Anti-androgen ( eg Spironolactone )






p/s ; sebaiknya jumpa doc kulit utk kenal pasti punca dan rawatan terbaik.btw sesetengah ubat contraindicated 1 sama len..so hati2 ea..






Share: