" A year from now you may wish you had started today "

15 May 2015

Pelarian Minoriti Rohingya


1. Sehari dua ini kita dikhabarkan dengan berita pelarian minoriti Rohingya yg cuba mendarat di pantai Malaysia.


2. Minoriti Rohingya ialah etnik muslim di Burma ( Myanmar ).





3. Mrk dinafikan hak sbg warganegara di sana dan sudah lama ditindas.



4. Bot2 ini cuba untuk mendarat di negara2 jiran yg lain seperti Indonesia dan Thailand bagi mencari perlindungan dan makanan.

5. Diberitakan lebih 8000 minoriti Rohingya sedang terkandas di laut termasuk kanak-kanak dan wanita.


6. Thailand,Indonesia dan Malaysia tidak membenarkan bot2 ini mendarat krn status mrk pendatang tanpa izin.


7. Walaubagaimanapun,Malaysia masih memberikan mereka makanan dan ubatan sebelum menunda mrk ke laut semula.


8. Secara peribadi aku pun tidak tahu akn cara yg betul bg membantu mrk.


9. Memang mudah jika berkata utk benarkan mereka di Malaysia sementara waktu dengan tujuan memberi perlindungan.Akan tetapi persoalan yg perlu ditimbulkan sampai bila? 


10. Krisis di Burma sudah bermula tahun 1938 lg dan tiada tanda-tanda utk selesai buat masa terdekat ini.


11. Jika kita benarkan mereka tinggal di Malaysia,kemungkinan sekali mrk tidak mahu pulang ke negara asal mrk,dan ini menyebabkan lebih ramai pelarian yg akn dtg ke Malaysia.


12. Setakat ini Malaysia sudah pun dibanjiri rakyat asing seramai 4-6 juta.Andai di tambah dengan pendatang etnik ini ( dan yg lain ),adakah kita mampu menampung dr segi ekonomi,pekerjaan,sosial,jenayah dan sbgnya.

13. Bukan bersifat pentingkan diri atau asabiyyah,akn tetapi kepentingan dan kemaslahatan rakyat Malaysia harus diutamakan dulu.

14.Doakan minoriti Rohingya,mereka saudara seagama kita.




Share:

1 comment:

  1. Betul tu.. haiz.. masalah yang masih tidak nampak penyelesaian..

    ReplyDelete