" A year from now you may wish you had started today "

18 June 2015

Bulan Puasa Masih Ada Hantu


Mmg benar ada hadis nabi menyebut dalam bulan puasa syaitan dan jin kafir dibelenggu.Namun berlaku perselisihan pandangan dlm kalangan ulamak dalam menghuraikan maksud hadis itu.Ada yg ckp betul2 ditambat.Ada juga yg kata itu hanya simbolik kpd lemahnya pengaruh syaitan kpd manusia,sbb manusia yg berpuasa lebih kuat iman dan taqwanya,gituuu..

Tp 'hantu'2 kt bawah di aku kompem sgt famous di bulan puasa ;


1) Penunggu Port
Hantu ini akan berada di port-port yang telah diiktiraf JAKIM sebagai kawasan selamat dari diserbu pihak penguatkuasa. Selalunya makhluk halus ni tidak menunggu berseorangan. Mereka selalunya ada geng mereka yang dinamakan Geng Neraka Jahanooom!



2) Anak Toyol

Makhluk Toyol ini adalah budak suruhan bawah umur si Penunggu. Penunggu akan mengarahkan Toyol untuk membeli hidangan mereka di mana Toyol ini akan membawa hidangan itu ke markas si Penunggu. Si Penunggu akan membayar pengeras berupa upah kepada si Toyol di atas perkhidmatan yang dia telah berikan.

3) Hantu mem-Bungkus
Ni adik beradik dengan Hantu Pocong dan Hantu Bungkus. Hantu mem-Bungkus selalunya akan pergi ke restoran-restoran mamak, 7E, KFC, McD dan yang sewaktu dengannya lalu dengan selambanya menapau bahan makanan untuk dibawa pulang walhal pada waktu itu baru pukul 10 pagi. Kejadah apakah?

4) Zombie Ramadhan
Ni kira memang mayat hidup laa ni. Time bulan puasa je mula laa datang penyakit gastrik, kentut berdarah, pitam dan macam-macam lagi. Lepas tu datang jumpa doktor minta MC dengan pakej ubat-ubatan yang kena makan time tu juga.

5) Hantu Cikedis
Hantu ini adalah peminat setia makanan-makanan ringan seperti Super Ring, TamTam, Twisties dan sebagainya. Dia akan membeli makanan itu pada waktu malam lalu menyorokkan bahan makanan itu di dalam meja, almari dan sebagainya. Sekiranya ada kesempatan di waktu siang, dia akan menggunakan bahan itu tanpa was-was.

6) Hantu Tarakguna

Ni sepupu sepapat dengan Hantu Dracula. Hantu ini akan membuta selama 12 jam sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Dia akan kembali cergas seperti sedia kala setelah azan Maghrib berkumandang menandakan masuk waktu untuk berbuka puasa.

7) Pontengnak
Sedara kepada hantu Pontianak. Ni jenis makhluk yang paling winrar sekali. Memang terpuaka antara berpuaka diantara semua golongan hantu yang ada di atas. Ini kerana memang susah nak detect hantu jenis ini. Hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Hantu ini dari spesis wanita. Yelah, kaum hawakan Allah s.w.t sayang lebih so ada anugerah cuti. Tapi kalau dah 30 hari cuti terus tanpa henti apa kejadahnya?

8) Hantu Sundal Bolong

Memang sundal betul hantu ni. Ni pun hantu spesis wanita juga. Hantu ini sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan orang lelaki yang berpuasa boleh susut pahala puasanya. Dorang ni berpuasa tapi berpakaian tak cukup lengkap dan sempurna. Tutup bawah atas terbuka, tutup atas bawah pula terbuka. Hantu ini paling liat untuk dihapuskan kerana kalau dah bulan puasa pun dia menyundal, lepas bulan puasa lagilah dia menyundal. Ish ish.
Share:

7 comments:

  1. hihi..betul juga yg awak cakap tu...ramai yg x ambil kesempatan kumpul salam akhirat dalam bulan puasa ni...

    salam ramadhan...selamat berpuasa

    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  2. sue ; slmt berpuasa jgk sue..smg ramadan kali ni bw penuh keberkatan

    ReplyDelete
  3. macam2 jenis hantu ada skg nih...hantu yg dilakonkan oleh manusia...moga mereka diberi hidayah :)

    ReplyDelete
  4. terpulanglah mahu jadi apa,,, mahu jadi hantu mahu jadi buayaa..
    okay ternanyi pulaak.oopss

    ReplyDelete
  5. Sakit kentut berdarah. Hahahahahahaha
    Betullah tuu... Hantu2 tuu semua wujud. Kekeke

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha ok yang ni lawak xD Memang ada hantu-hantu ni :3

    ReplyDelete
  7. gambar yg last tu terkejut..hahah

    ReplyDelete