" A year from now you may wish you had started today "

21 November 2015

Mereka Minta Kita Bagi

Pernah x time korang tgh sedap2 makan kt kedai makan,tiba2 dtg sorang mak cik or pak cik minta sedekah.Katanya diorg lapar.Pernah x time korang sedap2 tgk tv kt rumah dtg sape2 ketuk pintu minta bantuan demi anak dia yg sakit or sbb rumah terbakar dan sebagainya.Kalau xpernah mungkin korang ni jenis pelupa or taraf yg miskin jgk.Kalau ada semestinya korang yg taraf agak berkemampuan even xkaya.

Mmg aku ni bukan kaya pun,tp dlm poket ada la kalau nk bg seringgit dua.N dlm ramai2 yg peminta rezeki pernah 3 kali aku tolak yg aku akan ingat sampai bila2 ( byk kali je aku xbg,tp yg 3 ni aku slalu teringat n meninggalkan kesan yg mendalam ),



Kisah 1 ;

Masih baru kejadian ni dlm sthn lebih lalu.Ptg2 duk kt luar rumah main ngn anak saudara.Dtg seorang pak cik naik motor buruk masuk halaman rumah aku.Dia menghampiri aku cakap " Dik,nak beli ubat angin x.Pak cik jual Rm10 sebotol".

Aku tgk minyak angin yg dia bagi.Aku cakap dgn baik " Xpe la pak cik,terima kasih je la ea "

Dia balas lembut kt aku." Ye la adik,xpe kalau camtu." Dia senyum kt aku.Hidupkan engin motor dia dan berlalu cmtu je.

Aku masuk dlm rumah mama aku tanya siapa dtg so aku citer la.Mama aku tegur " Ki,kalau xnak beli minyak angin 2 pun at least bg la sedekah sikit kt dia "

Aku xtau nape aku jd menyesal n sedih gila time 2.Mgkin sbb aku yg rugi sgt2,dia dtg nak bg rezeki kt aku tp aku tolak.Lagi pula wajah pak cik 2 suka aku tgk dia,akhlak dia.Xde lansung perasaan kecewa kt wajah dia bila aku tolak ckp xnk beli ubat dia.

Kisah 2 ;

Aku baru keluar drpd bank CIMB Kota Bharu.Kt kaki lima ada sorg mak cik jual kerepek pisang,kuih sarang tebuan,kelepek dan sbgnya.Mak cik ni jual ngan jaja kt kaki lima cm2 ngn xde meja pn,juz jaja ke sana ke mariAku kesian so aku nak ler beli.

" Mok cik berapo hargo sebungkus ni" ( mak cik berapa aku sebungkus ni )

Mak cik jwb " 4 ya jah awe.Kalu awe amik 3 bungkus mok cik wi 11 ya jah ".( Rm4 sebungkus,kalau beli 3 bungkus juz rm11 ).

Aku tnya " Mok cik,kalu kure rm10 3 bungkus xleh ko " 

lebih kurang cmni la mak cik yg aku msdkan dia berniaga kt kaki lima
n dr satu tempat ke tempat yg lain
Mak cik ckp " Maaf awe,xleh la,mok cik pun duk jinjit hok ore jah ni " ( means xleh sbb bukan dia yg buat sendiri,juz tlg jual je )

So aku beli la 3 bungkus.Dlm keta aku tgk mak cik ni jinjit bungkusan2 kerepek ni ats kepala dia.Lintas jalan sorang2.Dlm hati bodohnya aku siap tawar lg,dh la dia juz tlg jual je.Pe salahnya aku bg lebih skit wt dia belanja.

Kisah 3 ;

Ni kisah dl lamo benor ni.Time aku umo 12 thn kot.Time 2 dlm jln jem kt bandar Kota Bharu.Abg aku driver kt tepi.Tiba2 sorg mak cik ketuk tingkap kereta belah aku.Abg aku buka tingkap ( kn ada butang semua tingkap kt belah driver ).

Mak cik bila tingkap bukak je dia ckp minta bantuan sikit.Nak buat mkn.

Aku tgk kt abg aku,abg aku ckp " Terima kasih jah mok cik deh " ( dia student time 2 mgkin duit xbyk kot )

Mak cik ni tgk aku,pegang bahu aku ( Ya mmg dia msukkan tgn dia dlm keta melalui tingkap )."Mak cik doakan adik jadi lawyer..jadi doktor...mak cik doakan adik jd lawyer ..jadi doktor deh..."

Aku xtau nape dia ckp cm2.Tapi dia duk ulang2 ayat yg sama.

Sampai la kereta dh nk gerak.


--------------------------------------------------------------------

Kita kena ingt,kalau kita xbg kita yg rugi sebenarnya.Kita bg 1 kt dia,Allah bg 10 balik kt kita.Atau Allah blh bg 100,700 pun.

Bentuk balasan Allah bukan smstinya berbentuk wang ringgit,tp kesihatan,kebahagiaan,korang lulus exam,ibu bapa korg sihat,dpt anak soleh,dpt anak sihat,dan smua la.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah [166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."Baqarah ayat 261


Share:

17 November 2015

Ini Semua Salah Hantu!

Benua eropah dulunya pernah diserang 'syaitan' yg mengakibatkan 150 juta nyawa terkorban.Peristiwa ni dikenali sbg Black Death dan berlaku pada 1346-1353.Bukan main2 benda ni tau,hampir 40% atau lebih populasi di eropah mati disebabkan serangan 'syaitan' ni.Ini dikira masih baru,cerita lama 4000 B.C dulu telah ada manusia yg diserang 'hantu' dan kuncu2nya.Mangsa menjadi hodoh dan lumpuh.

Leprosy
Cerita di atas ialah slm microscope ditemui,yg sbrnya serangan 'syaitan' yg aku mksdkan ialah penyakit disebabkan bakteria.Yg pertama sekali ialah pnyakit bubonic plaque ( coz organism yersinia pestis ) dan kedua ialah leprosy ( a.k.a. Kusta )

gambaran peristiwa Black Death
Mmg dah adat manusia,apabila mrk tidak ketahui punca sbnr mulalah menunding jari kpd pihak lain.Dalam kes ni syaitan dan hantu menjadi mangsa.Mentang2lah hantu xdpt nak balas balik pe yg mrk ckp.

Sama juga dgn epilepsy ( seizure ) mudah2 ckp sawan babi,dulu kala masyarakat percaya pesakit dirasuk hantu ketika mangsa kejang.Pernah tgk cerita The Exorcism of Emily Rose? Si Emily ni mendakwa yg dia selalu trdengar bisikan syaitan,mimpi buruk,dan sering meracau.Ada kalanya suaranya bertukar garau.Akhirnya dia mati dan paderi gereja mendakwa dia mati dibunuh syaitan!

Sebenarnya Emily ni pesakit mental.Dia mngalami major depressive disorder dan juga psychosis kritikal.Suara dan rupa syaitan yg dia dgr & nampak ialah halusinasi,dia meracau disebabkan epilepsy.Manakala suara dia brtukar dan ckp merapu disebabkan dissociative identity disorder.Dia mati pula disebabkan brhenti amik ubat sakit mental yg dibekalkan doktor.

Org melayu kita pun xterlepas menyalahkan hantu.Mungkin lbh kerap berbanding bangsa lain.Kalau yg laki lemah2 badan , kepala asyik pening dikatakan trkena sampuk hantu.Padahal malas or rupanya ada kencing manis atau darah tinggi.Yang perempuan kalau andartu dikatakan trkena buatan org kasi xnampak anak gadis dia.Sbnrnya mungkin anak dia xpandai berhias or xde akhlak mana ada org nk msk meminang!

Ada juga cerita Pak Kaduk dan ikan tapah yg terkenal di Perak.Dikatakan Pak Kaduk trjumpa ikan tapah dan membelah perut ikn trsebut yg mengandungi emas.Lalu Pak Kaduk bersumpah yg dia dan keturunannya xkan makan ikan tapah,kalau dia langgar maka akan trjadi gatal2.

Dikatakan mmg benar keturunan Pak Kaduk akn mengalami ruam merah di badan dan gatal2 jika mkn ikan tapah.Bagi aku benda ni ada penjelasan medikal,Mungkin sekali ia berkaitan dgn alahan a.k.a allergic.Tapi xkan satu keturunan kot? Ya,ini pun ada penjelasan medikal,Penyakit genetik boleh diwarisi ( mcm saka la pula ).In short ada 4 jenis penyakit genetik,autosomal recessive,autosomal dominant,X-linked recessive,X-linked dominant.Kalau korang rajin search la sendiri ekk!

inilah 'saka' keturunan yg sy maksdkan ( Autosomal Dominant )
Walaupun aku medical student dan aku percaya pada logik dan sains.Namun aku juga seorang muslim yg berbangsa melayu.Hantu dan syaitan mmg wujud,dan nabi sendiri pernah terkena sihir buatan yahudi hinggalah surah al-falaq diturunkan.Dan adat resam org melayu haruslah kita hormati.Akan tetapi jgnlah sampai kita trlalu taksub hingga menyebabkan kita muncur dan konservatif!








p/s ; sama je perangai ngn puak2 yg asyik salahkan kerajaan dlm kebanyakan hal.Diri sendiri yg xnak improvise duk salahkan org lain.


Share:

16 November 2015

Hantu Melayu di Mesir

Entry kali ni bukan nk membuka aib sesiapa,cuma nak dijadikan ikhtibar buat semua ( ayat cliche habis cam mastika kan ).Korang boleh pilih untuk percaya or x , terpulang..Kebanyakan maklumat aku ambil drpd mulut ke mulut,bukan seorang dua tp ramai dan ceritanya konsisten.



  Tup tup dah 5 tahun aku kt bumi Mesir ni.Betul cakap org bumi ni bumi anbiya bumi Nabi Musa,namun harus diingat bumi ni juga di mana firaun dan karun berasal.Bukan nk dikaitkan ngn mrk,tp mudah ckp kt mana2 pun akn ada malaikat & syaitan,black & white,light vs darkness..

Cuma yg tak disangka2 prbuatan 'guna-guna', pedajal org, 'santau' org dilakukan oleh pelajar melayu sama melayu kt Mesir ni! YA! Dah la sama2 islam,sama2 pelajar,komuniti kecik kt tempat org pun masih ada hasad dengki sampai guna sihir kenakan member.Betapa bodoh dan dangkal pemikiran org kita.Membebel byk xguna ni antara kisah2 ;

Kisah 1 ; 

Si gadis ni senior aku kt sini.Agak cun dan ramai yg berkenan.Tup tup dia bertunang ngn student kt sini juga.Nak dijadikan cerita ada yg frust dan xleh trima kenyataan ( mungkin cinta ditolak ) so dia cuba santau si gadis tersebut.

Niat nk kenakan si gadis 2,tp member si gadis lak terkena.Org kata sbb si gadis ni kuat beramal so 'santau' terbabit kena kt housemate dia.Mangsa dikatakan jd xde selera makan,xleh study dan sakit2.

Kisah 2 ;

Ni juga psl cinta juga.Ustazah ni tolak cinta mamat ni.Tak psl2 dihantar sihir sampai jadi kurang siuman.Sampai xdpt meneruskan pelajaran so dihantar pulang kt Malaysia.Kt kg pun masih xsembuh.Katanya bila waktu senja dia akan duk atas bumbung rumah dlm keadaan mencangkung sambil meraung dan menangis.

Kisah 3 ;

Kisah ni luar konteks sikit.Ada student baru sampai Mesir so tgh fresh2 ni g la melawat piramid kt Giza.Bila waktu nk pulang semua diarahkan utk berkumpul kt dlm bas,tgk2 si mamat ni sorang xde.Cari punya cari berjam2 baru jumpa.

Soal punya soal dia cakap dia ambil pisau kecik ( dagger ) yg terjumpa ats pasir.Cari jalan keluar xjumpa dan pusing tempt sama.








p/s ; Korang jgn lak takut dtg Mesir ea...Cerita ni mungkin betul or x...Lagipun kalau hati2 insyaAllah xde pape la...





Share:

15 November 2015

Skim Cepat Kaya

Ini cerita lama punya,tapi still nak post memandangkan aku xtau topik pe yg aku nak tulis .Maklumlah dah lama xbuat post baru.Bukan xnk , tp exam baru je habis.Tempoh exam punya lama 2 bulan mak oii..Tak xtermasuk prepare sebulan lebih sebelum tu.Penat benor,stress xpayah habaq la,tp itu la mental kena kuat kan.Kalau x camne nk keje nati.

Ok la berbalik kpd topik asal,ni cerita tahun lepas punya time aku balik kampung.Member aku Syamsul ajak lepak,cm biasa kt kedai roti tempayan.Sambil2 duk tunggu makanan,dia tanya aku xnak join bisnes emas ke.Aku kalau psl bisnes ni minat la jgk.

Aku ; Emas? Cuba ko cerita sikit.
Syamsul ; Ni bisnes baik punya.Kalau kau beli 100 gm emas bar,nt ko dpt 100 gm emas plus dpt duit bulanan lg.

Aku ; Eh camne 2,xpaham la aku.
Syamsul ; Camni,harga bar 100gm rm13000 utk ko beli emas,Semestinya ko akn dpt bar emas trsebut.Pada masa yg sama setiap bulan ko dpt duit rm2500.

Aku ; ( muka terkejut ) eh ya ke? Mudahnya camtu.Tapi duit bulanan rm2500 berapa bulan kita dpt? Lagi 1 emas kita cmne nk jual?
Syamsul ; Errr..aku xtau lak berapa bulan dpt.Aku dgr ni drpd Amir je dia yg cerita kt aku psl benda ni.Kalau dh nama emas mesti la kita dpt jual nt.Alaaa..ko ni join je la bila lg nk jd kaya.

Aku tau si Amir member kitaorg tuh bkn tokey jgk,join atas member jgk.So dia ajak Syamsul join sama.Syamsul lak ajak aku sbb katanya nak kongsi duit half-half utk beli bar 100 gm.

Malam berikutnya Amir join ikut sama.So kitaorg bertiga.Modal sama Amir pakai ko dapat emas bernilai rm13000 lagi dpt bulanan rm2500.Masa yg sama juga aku tanya soalan yg sama,berapa bulan dpt duit rm2500? Camne nk jual emas? Tapi jawapan aku terima xjelas,xmenjawab soalan.Lagipun mudah sgt nk jadi kaya,org keje degree kt kelantan ni punya susah nk dpt gaji rm2500 waa cakap lu...

Nak dipendekkan cerita aku tolak scara baik join benda ni.Syamsul join ngn member dia yg lain.Dan dgr kata juga dia terima duit bulanan selama dua bulan je.Pastu emas xdapat jual.Yang aku tau emas bar 2 xleh ko nk main jual kt kedai emas cmtu jgk,mudah ckp kena jual ngn org yg sama ( kena cr mangsa baru )...Haa...nampak x...

Bro,mana ada cara cepat nak kaya.Kalau cepat samada ko menipu or ko rompak bank.Lain cara xde melainkan kita kena kerja kuat.Mmg mentaliti org Melayu kita nk cpt kaya n senang,sampai mengetepikan logik or x cara 2.Aku bukan la pandai sgt,tp cm mama n abg aku ckp, kalau nak kaya n senang kena la mula dr bawah.Ok sekian.



Share: