" A year from now you may wish you had started today "

16 November 2015

Hantu Melayu di Mesir

Entry kali ni bukan nk membuka aib sesiapa,cuma nak dijadikan ikhtibar buat semua ( ayat cliche habis cam mastika kan ).Korang boleh pilih untuk percaya or x , terpulang..Kebanyakan maklumat aku ambil drpd mulut ke mulut,bukan seorang dua tp ramai dan ceritanya konsisten.



  Tup tup dah 5 tahun aku kt bumi Mesir ni.Betul cakap org bumi ni bumi anbiya bumi Nabi Musa,namun harus diingat bumi ni juga di mana firaun dan karun berasal.Bukan nk dikaitkan ngn mrk,tp mudah ckp kt mana2 pun akn ada malaikat & syaitan,black & white,light vs darkness..

Cuma yg tak disangka2 prbuatan 'guna-guna', pedajal org, 'santau' org dilakukan oleh pelajar melayu sama melayu kt Mesir ni! YA! Dah la sama2 islam,sama2 pelajar,komuniti kecik kt tempat org pun masih ada hasad dengki sampai guna sihir kenakan member.Betapa bodoh dan dangkal pemikiran org kita.Membebel byk xguna ni antara kisah2 ;

Kisah 1 ; 

Si gadis ni senior aku kt sini.Agak cun dan ramai yg berkenan.Tup tup dia bertunang ngn student kt sini juga.Nak dijadikan cerita ada yg frust dan xleh trima kenyataan ( mungkin cinta ditolak ) so dia cuba santau si gadis tersebut.

Niat nk kenakan si gadis 2,tp member si gadis lak terkena.Org kata sbb si gadis ni kuat beramal so 'santau' terbabit kena kt housemate dia.Mangsa dikatakan jd xde selera makan,xleh study dan sakit2.

Kisah 2 ;

Ni juga psl cinta juga.Ustazah ni tolak cinta mamat ni.Tak psl2 dihantar sihir sampai jadi kurang siuman.Sampai xdpt meneruskan pelajaran so dihantar pulang kt Malaysia.Kt kg pun masih xsembuh.Katanya bila waktu senja dia akan duk atas bumbung rumah dlm keadaan mencangkung sambil meraung dan menangis.

Kisah 3 ;

Kisah ni luar konteks sikit.Ada student baru sampai Mesir so tgh fresh2 ni g la melawat piramid kt Giza.Bila waktu nk pulang semua diarahkan utk berkumpul kt dlm bas,tgk2 si mamat ni sorang xde.Cari punya cari berjam2 baru jumpa.

Soal punya soal dia cakap dia ambil pisau kecik ( dagger ) yg terjumpa ats pasir.Cari jalan keluar xjumpa dan pusing tempt sama.








p/s ; Korang jgn lak takut dtg Mesir ea...Cerita ni mungkin betul or x...Lagipun kalau hati2 insyaAllah xde pape la...





Share:

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Biasalah manusia. perasaan hasad dengki tu akan selalu ada sampai akhir zaman sekali pun. semoga dijauhkan daripada perkara-perkara macam ni. amin. btw seronoknya kat mesir. study ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la terutama skali org melayu kita kan mmg kuat benor la hasad dengki..haah..belajar kt mesir..

      Delete
  3. Erk... Yang duduk atas bumbung tuu... Teruk betul laa. Masih ada yang sanggup buat dan amal benda benda macam tuu. Semua akibat pentingkan diri and tak redha. Kesian dengan mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada n akan ada sampai bila2 pun.Itu la sbb hasad dengki manusia sanggup buat mcm2.

      Delete
  4. Allahu kesiannya yang sampai menangis atas bumbung haa. Hm hm cane laa nak ubat tu haa. Allah.

    Kadang2 pelik jugak, mesti yang duk amal2kansihir bagai ni semua kebanyakkannya masih orang melayu. Why laa why. Letak agama kat mana ntah tak tau, syirik pun dah tak boleh beza hmm. Bukannya tak boleh cari orang lain pun.

    Moral dia, despite cerita betul atau tidak, kena hati2 jela kan, hati2 dalam pergaulan, percakapan, tingkah laku, sebab kita tak tahu. Takut orang duk perati kita ke dalam kita tak sedar. Entah pasangan kita ke orang duk dengki, ang kena tempiasnya kita. Wallahualam. Yang pasti dekatkan diri dengan Allah, setiap sesuatu kita buat mulakan dengan namaAllah,doa. Banyak juga doa pelindung diri boleh amalkan, doa keluar rumah, doa musafir etc etc. InshaaAllah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la org melayu ni dia punya hasad dengki lain mcm sikit tau.N cara paling mudah nk balas dendam or kenakan org ngn minta bantuan jin la ( cpt,mudah dan effective ).

      Betul ckp ika,prcakapan n pergaulan mmg kena jaga.Silap2 sbb juz trsalah sikit org sanggup kenakan kita even member rapat sendiri!

      Delete
  5. Subhanallah kesian semua yang menjadi mangsa manusia yang punya hasad dengki ni..

    Semoga kita semua dalamrahmat dan lindunganNya, aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.mulut kena sntiasa jaga,jgn main redah je.kdg2 sbb mulut la org jd sakit hati

      Delete
  6. si jantan pon mesti lah yang belajaq kat sna jugak kan ?belajar agama pun still xleh beza benda elok atau x , kalao org tolak cinta sekalipon perlu ke nak santau dan buat smpai org jadi tak siuman .. nauzubillahminzalikkk

    ReplyDelete