" A year from now you may wish you had started today "

30 June 2016

Bila Lailatul Qadr?

- Berlaku pada 10 malam akhir ramadhan. Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

- Kemungkinan berlaku pada malam ganjil lebih tinggi berbanding malam genap.Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)



- Ramai yg sahabat nabi berpendapat ianya malam ke 27 ramadhan.Antaranya Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ibnu Abbas.Ubay bin Kaab bersumpah dgn nama Allah malam qadr ialah pada malam ke 27 kerana nabi memerintahkan mereka utk solat malam pada malam ke 27.

- Mengikut Lataih Quraniyah ( kehalusan seni quran ), perkataan 'lailatulqadr' mempunyai 9 huruf dan diulang dalam surah Al-Qadr sebanyak 3 kali.9 x 3 = 27.

- Perkataan dlm surah Al-Qadr ada 30 ,dan perkataan 'hiya' yang bermaksud 'dia' yang merujuk kpd lailatulqadr berada pada kedudukan 27.Seolah2 memberi isyarat yg malam qadr ini pada malam ke 27.

- Majoriti sahabat berpendapat 27,wallahua'lam.Namun ada hadis yg menyuruh kita mencari pada malam 27,29 dan 25.

- Adapun kita dgr tanda2 malam qadr pokok sujud,ianya tidak sahih drpd nabi mahupun sahabat2 baginda.

- Jangan sibuk mencari tanda,sibukkan diri dgn beribadah dan berdoa.

Wallahua'lam..
Share:

29 June 2016

Tentang Diri

Dari mana nk mula ea? Nama dah ada terpampang,umur pun.Hobi? Cliche sgt punya soalan.ermm...

Ok.Aku ni seorang yg berfikiran terbuka,progresif  bukan konservatif,figuratif bukan literalis,tp pada masa yang sama realistik bukan imaginative,rasional bukan emosional.Tapi kena la practical,bukan omong kosong saja.

Bagi aku logik dan sains sgt penting,tp sbg seorang muslim ianya terbatas dan nas al-quran & hadis mengatasi segalanya.

Sampai sekarang aku xtau apa warna kegemaran aku,org cakap aku xde pendirian,bagi aku bukan cm2,ianya bergantung di mana ia berada.Seperti sepasang baju puteri kayangan dipakai seekor anjing ianya kelihatan menjelekkan.Ok contoh ni extereme,bagaimana dgn tahi kanak2 yg kuning dgn durian musang king.Malah itu la pendirian aku,cantik or x cantik ianya subjektif.

Habis cakap tentang warna,yang aku tau ialah makanan kegemaran aku ketam masak lemak mama aku ( gulai lemak pun kuning tapi lazat ).Lagi aku suka ayam goreng berempah dgn nasi belauk pagi.

masakan ni yg mama akn slalu masak kt aku bila balik kg..thanks mama!

Aku fikir yg aku ni complicated,tapi si dia boleh baca aku.Mungkin dia faham aku even kdg2 aku sendiri tak.Si dia bgtau yg aku ni ;

- low profile
- memahami org lain tp agak ssh memahami diri sendiri
- mudah dipujuk kalau kena dgn caranya
- rela diri sakit asalkan org len x
- penyayang,protective
- agak keras kepala
- tak mkn pujian tp suka memuji
- friendship means a lot
- blh jd pendendam ( Yeahhh... )
- sk bg nasihat n tlg org

Aku juga pelajar perubatan tahun akhir kt Zagazig University,Mesir.Kehidupan sbg sorg pelajar akn dirindui,yg aku tau lps ni xblh happening mcm ni lg.N aku bercita2 utk sambung belajar jika diberi peluang even dh lama gila aku blajar..Adios..





Share:

27 June 2016

Jom Jadi Macam..Mat Saleh

Apa punya tajuk la post ni kan.Nape nk jadi macam mat saleh lak? Dah xnk jadi melayu ke? Sbb melayu hidung penyet? Kulit gelap? Badan pendek? Alahaiii..bukan sbb 2..itu la org kita cpt sgt buat kesimpulan,dah la malas membaca ( kalau membaca asyik novel cinta dan komik je ) pastu komen sebelum siasat...

Apa yg nk kita ubah ialah drpd mind set melayu kpd mind set mat saleh.Mental diorg kuat,itu beza dgn orang kita.



Mrk bkn jenis yg suka bergantung dgn org lain,mrk independent , selagi boleh, mrk buat sendiri.Kita lain kan,selagi boleh selagi itu kita minta tlg org,minta org payungkan kita.Sampai bila mati pun mrk masih mengharapkan al-fatihah drpd org ramai utknya,ni bukan kata2 aku,ni kata2 Za'ba.

Mat Saleh survival skills diorg tinggi.Aku pernah jumpa mat saleh bawak backpack yg besar kt bandar Kota Bharu sorang2 dia tanpa kasut atau selipar ( ntah sape la yg pau ).Then dia pergi beli apam balik ( kelakar mat saleh mkn benda ni..) sbb lapar.Aku rasa dia sesat dan dlm keadaan susah cm2 dia nampak tenang. Agak2 korang boleh ke gi bandar kecik kt India sorang2? Gi Brunei or Indonesia yg bahasanya difahami sorang2 pn xbrani kan? Itu la bezanya kita ngn diorg.

Orang kita ni terlalu risau apa yg org kata ( lagi 1 penyakit org kita suka mengata,suka menghakimi ).Kita asyik fikir "eh,nanti apa org lain akan kata" atau pun ''alamak,benda aku buat ni xsama dgn kebiasaan,xboleh ni'' .Guys,ingt mulut org xkan kita boleh tutup,hati org xkn boleh kita puaskan.Hidup cuma skali dan pendek,nape nk bazirkan utk org len.

Tengok perempuan barat , diorg muda2 lg umur 20 an ,student,ramai je yg backpacking sorang2 kt asia ni,bukan shari dua,tp sampai berbulan2.Diorg mampu buat cm2 sbb diorg kluar drpd comfort zone diorg,travel,tgk surrounding baru,blajar berdikari,cmne nk deal bila sorang2.Bukan mcm kita , duk ngadap laptop berjam2,tak pun layan drama korea,or tgk drama melayu psl anak tan sri yg kena kahwin dgn gadis kampung.

Mat Saleh suka buat benda baru , mcm aku cakap td diorg bkn mcm kita duk comfort zone je,aslkan mkn kenyang,tido cukup,ada wifi kira dh ok la kan? Diorg tak,diorg kluar blaja dgn alam,blaja culture masyarakat lain.Ayat Quran suruh kita explore bumi tp mrk pula yg beramal , pelik kan? 

Ok guys,fikir2kan...







Share:

26 June 2016

Matrouh

Dah dekat 6 thn aku kt Mesir,byk lg tempat kt sini yg aku xg.So bila bdk2 ni planning nk g satu tempat nama Matrouh aku pe lg,xnk la lepaskan peluang.Kitaorg g backpackers je ( ye la kata senior kan xkn nk kena pakai travel agent kot ).

Apa nama Matrouh ni? Tempat ni ialah salah 1 tmpat pelancongan yg famous kt Mesir ni.Yang korang selalu dgr ialah piramid Giza,Alexandria,Luxor Aswan kan..Matrouh ni jarang dgr even ianya sgt popular lebih2 lg dlm kalangan pelancong barat,gituuu..

Dari Zagazig,kami naik van ke Alexandria ( 4 jam ).Then dari Alex kami ke Matrouh ( 4 jam ).


Ngah tunggu bas seterusnya ke Matrouh
Sampai kt Matrouh kami cari homestay.Sbb jumlah kami seramai 17 org,so kena la tempah 3 buah rumah.Sebuah homestay ada 3 bilik ( setiap bilik ada 2 katil ),dapur,ruang tamu,tandas.Kira lengkap la kan.







Aktiviti ptg utk hari prtama pe lg,mandi laut laaaa...Pantai yg kami g ni dkt ngn homestay je..





Kitaorg ada main bola pantai gak,tp gmbr xleh upload sbb smua xpkai baju,kang ada yg tergoda lak ngn kesadoan kami..hehe

Belah mlm kami berbbq n main daun terup.





Keesokan hari kami ke pantai yg lg cun iaitu Cleopatra n Agiba..


Cleopatra.selalunya org terjun drpd ats 2..gayat siot..



Then ke Agiba..kt sini kami mandi..dia punya air jernih,pasir putih ..

Agiba...


Ptg lps mandi manda kami blk ke homestay..kemas2 brg then brtolak pulang..in short pantai ni mmg best terutama kalau org g ngn member2...adios!















p/s ; nk upload gmbr2 lain,tp itu la bdk2 ni xsabar2 nk tanggalkan baju...
Share:

25 June 2016

Puasa Di Mesir

Tahun 2016 ni adalah kali keenam aku berpuasa kt negara org.Juga bakal merupakan kali ke-3 aku posa penuh kt Mesir ni.Sbb time aku thn 1,2 ngn 4 aku sempat posa separuh je sni,then balik cuti kt Malaysia.


aku xtau pe nk panggil benda ni..tp slalu masjid akn bg free kt bdk2 malaysia

Kt Malaysia punya heaven kan family ngn member2 duk post makanan yg besh2,ayam percik la,gulai msk lemak la,daging bakar la,ayam masak merah la,ketam masak cili la,ikan siakap 3 rasa la ( dah3 xsanggup dah aku nk bilang smua ), aku kt sini duk mentakedarah ape yg ada je.

kdg2 kena la mkn berjemaah kan...hentam saja la labu


Even x de la besh cm Malaysia,tp aku brsyukur ngn rezeki yg dpt.Hidup ini xleh la slalu senang kan,kena lalui gak pengalaman susah.Nanti klau kena btul2 ssh kita brsedia sikit,gituu...

Kat sini aku gilir2 masak ngn housemates aku.Masak bkn pandai sgt,tp kalau setakat kari ayam,daging masak merah,sup tulang bukan masalah bg kitaorg.Even xbrsama family kt sini,member2 lah yg jadi family.Huhuhu...

Tapi kalau ckp apa yg aku rindu kt Malaysia sempena ramadan skang ni ialah ; 
- family for sure
- member2 lepak
-  bazar lerrr...
- ayam percik
- mercun

Rmai member2 aku balik utk raya ni..aku pun pada mulanya nk jgk balik..tp fikir punya fikir cuti 2 minggu je Univ bagi,xberbaloi...Lagi pula ni dah thn akhir aku kt sini insyaAllah,so redah je la...hati mesti kering beb,kalau x menangis xberlagu la raya nanti..haha




p/s ; 2 tahun berturut2 raya kt perantauan.Pasni aku nk nyanyi 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf '.
Share: